Wednesday, August 23, 2023

Selamat datang ke Homestay Atiqah Bandar Putra, Kulai, Johor. Rumah Teres End Lot 3 Bilik & 2 Bilik Air. Tempah Sekarang. Hubingi [019-7941308 (En. Akmal)]

**๐ŸŒŸ Selamat Datang ke Homestay Atiqah di Kulai, Johor! Keselesaan  Menanti Anda. ๐ŸŒŸ**


Kami amat berbesar hati menyambut anda sebagai tetamu kami di Homestay Atiqah. Terletak di kawasan perumahan terbesar di Kulaijaya, Bandar Putra, homestay kami menawarkan tempat persinggahan yang selamat dan selesa untuk penginapan sementara anda. ๐Ÿก๐ŸŒ†


**Hubungi Kami > Klik Sini** ๐Ÿ“ž๐Ÿ“ฒ


Hubungi Kami>Klik DiSini

**๐Ÿ“ Alamat:**
Jalan Merbuk 14,
Bandar Putra, Kulaijaya,
Johor Darul Takzim.





**Kemudahan yang Disediakan:**


- Rumah teres satu tingkat (20x70 end lot)
- 3 bilik tidur
- 1 ruang tetamu
- 1 ruang keluarga


(Bilik Tidur 1 - Berhawa dingin: Katil saiz Queen; cermin; rak kecil; kipas) ๐Ÿ‘‘❄️


(Bilik Tidur 2 - Katil saiz Queen; cermin; rak kecil; kipas) ๐Ÿ‘‘❄️


(Bilik Tidur 3 - Katil saiz Single; cermin; rak kecil; kipas) ⭐❄️


- 2 bilik air (di bilik utama dan satu lagi di dapur) ๐Ÿ›๐Ÿšฟ

- Kemudahan dapur ( pemanas air, pinggan, mangkuk, cawan, jug air) ☕๐Ÿฝ️

- Peti sejuk ๐ŸงŠ

- Mesin basuh ๐Ÿงบ

- TV di ruang tamu (MyTVi) ๐Ÿ“บ๐Ÿ›‹️

- Set kayu jati ruang tamu dan sofa di ruang famili. ๐Ÿ›‹️๐Ÿ 

- Meja makan bulat dengan 6 kerusi ๐Ÿฝ️๐Ÿช‘

- Selimut, bantal, sejadah di setiap bilik ๐Ÿ›️๐Ÿ“ฟ

- Seterika dan papan seterika ๐Ÿชถ๐Ÿ”Œ

- Tilam lipat bujang ๐Ÿ›️๐Ÿ›️



**Lokasi Strategik untuk Pelawat Homestay Atiqah:**


- Masjid Bandar Putra ๐Ÿ•Œ
- Stesen Minyak PETRONAS (ATM Maybank) ⛽๐Ÿง
- AEON Mall, Kulaijaya ๐Ÿ›️
- IOI Mall, Bandar Putra Kulai ๐Ÿ›️
- TESCO, Kulaijaya ๐Ÿ›’
- COWBOY Hypermarket, Kulaijaya ๐Ÿ›’
- Johor Premium Outlet (JPO) ๐Ÿ›️
- LEGOLAND Malaysia, Nusajaya (Kota Iskandar) ๐ŸŽข๐Ÿฐ
- HELLO KITTY Town, Nusa Jaya (Kota Iskandar) ๐Ÿฑ๐ŸŽ€
- Taman Bandar Putra (Litar jogging) ๐Ÿž️๐Ÿƒ‍♂️
- Ibu Pejabat Polis Kulaijaya (IPD) ๐Ÿš“๐Ÿ‘ฎ‍♂️
- Hospital Termenggong Kulaijaya ๐Ÿฅ⛑️
- Palm Villa Golf Resort ⛳๐ŸŒ️‍♂️



**Akses Pengangkutan Awam:**


- Berdekatan dengan Lebuh Raya PLUS (Tol Kulai) ๐Ÿ›ฃ️
- Stesen Keretapi Kulai ๐Ÿš‚
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai ✈️
- Terminal Bas Kulai (UTC Kulaijaya) ๐ŸšŒ
- SK Bandar Putra ๐Ÿซ
- SMK Bandar Putra ๐Ÿซ
- Balai Bomba Bandar Putra ๐Ÿš’๐Ÿ”ฅ
- Sekolah Vokasional Khas (Indahpura) ๐Ÿญ๐ŸŽ“
- E-Access International College (Indahpura) ๐ŸŽ“


Kemudahan lain termasuk bank (Maybank, CIMB, RHB, MUAMALAT, dll.) dan restoran menarik di sekitar kawasan perumahan Bandar Putra. ๐Ÿฆ๐Ÿ”๐Ÿœ



**Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan pertanyaan:**


019-7941308 (AKMAL)

www.wasap.my/60197941308


Hubungi Kami Sekarang>Klik Di Sini

**Hubungi Kami Sekarang > Klik Sini** ๐Ÿ“ž๐Ÿ“ฒ

Klik Untuk Hubungi Kami Sekarang!


Jangan lepaskan peluang ini untuk mengalami penginapan yang selesa dan murah di Homestay Atiqah Kulai. Tempah penginapan anda dengan kami hari ini! ๐ŸŒŸ๐Ÿก๐ŸŒŸ



Wednesday, October 31, 2018

Potong Akaun Astro Sambil Sarapan pagi

Assalamualaikum,
Mungkin kita bercadang untuk memotong akaun Astro kita kan?
Pastinya kita ada sebab tersendiri.
Pindah rumah?
Atau ingin bertukar ke NJOI.
Sebenarnya setakat pindah rumah, kita boleh dapatkan khidmat dari Astro untuk bantuan teknikal, contohnya untuk buka piring Astro dari rumah lama  dan pasang balik di rumah baru.

Bertukar ke NJOI melalui permindahan pakej pun boleh di buat. Maklumlah decoder sudah sedia ada.


Admin memang bernekad, tidak perlukan lagi siaran Astro di rumah.
Tidak perlu pening kepala..
Anda hanya perlukan hubungi Astro di talian:



Nak order air apa bang?

Teh Tarik!


Selepas itu, ikut arahan sahaja.
Pastikan anda tahu no akaun Astro anda ya.

Anda boleh pilih servis "5".

Dan tunggu bercakap dengan pegawai yang bertugas.

Beliau akan bertanya kenapa ingin memotong Astro.

Selepas itu akan bertanya beberapa soalan berkenaan dengan akaun Astro anda.

Ini adalah SOP keselamatan dari mereka.

Jawab semua soalan dengan tenang. 

Akhir sekali boleh tunggu akaun Astro anda di potong. 
Kes admin, ambik masa seminggu.

Mudah kan potong akaun Astro. Sambil sarapan je...


Sekian. Wassalam.


Tuesday, September 11, 2018

Pintu Lipat ( PVC Folding Door)

Pintu jenis lipat kita sering guna untuk bilik air. Kadang-kadang daun akan cepat rosak de gan penggunaan yang kasar.
Pergerakan mekanikal..
Daun di gantung seperti langsir. Mudah pecah.

Jika daun rosak, mesti tukar satu set.

Admin rasa, guna daun pintu sekeping lebih efisen.

Ha..ha..

Beberapa bulan yang lalu, tombol pengunci pintu hilang. Mungkin patah!

Tak sempat tukar baru, sementara waktu guna getak..altenatif untuk kunci dari dalam.

Dapat teguran daripada tetamu kami.

Hu..hu..

Kami memang komited untuk memberi servis terbaik iaitu perkhidmatan homestay di Kulai.

Homestay kami adalah rumah teres 3 bilik iaitu lot tepi.

Semua kelengkapan di sediakan seperti Penghawa Dinginn di bilik utama.
Mesin basuh, peti ais, kettle elektrik, seterika, pinggan dan mangkuk.

Pendek kata semua lengkap.

Baik, jika anda mengalami masalah yang sama, jangan bimbang...
Alat ganti ada di kedai-kedai hardware yang berhsmpiran di tempat anda.

Hook kunci boleh di tukar samada sebelah kiri atau kanan. Anda cuma perlu tarik tombol sahaja dan padankan dengan tapak tombol mengikut arah selak pintu anda.
Mudah sahaja dan boleh DIY.

Jika handle rosak pun kita boleh beli alat ganti di kedai hardware.

Tuesday, December 19, 2017

Tips Pilih Vacuum Cleaner yang sesuai

Tengah ralit menonton tv bersama isteri dan anak-anak, tiba-tiba mesej wasep masuk...
Zasssssssshhhhh..
Tandanya wasep personal.
Wasep dari pengurus.
"Akmal, vacuum cleaner yang lama tu dah rosak. Agak susah untuk buat house keeping. Rambut halus banyak. Cuba tengok di Lazada, Shoppee atau GoShop vacuum cleaner jenis handsheld. Mudah kendali kerana ringan".
Admin cuma balas..
" Insyaallah".
Kisah ini pada sebulan yang lalu.
Seminggu yang lalu, admin pulang ke Kulai atas urusan kerja hakiki. Alang-alang berada di kampung, terus ambik cuti. Maklumlah sudah hujung tahun, habiskanlah cuti tahunan yang masih berbaki lagi sehari dua.
Admin ambik kesempatan yang ada untuk buat major house keeping.
Buang sawang dan habuk terutama pada siling dan kipas.
Habuk banyak terperangkap di celah-celah bingkai tingkap.
Tak kurang juga bawah katil dan sofa.
Sememangnya, susah sikit tiada vacuum cleaner ni..
Hmmm...
Terkena batang hidung sendiri, barulah terasa beb...
Hu..hu..
Sambil menyapu habuk-habuk dan sawang diatas lantai, Jbh mengimbau kembali perbincangan di FB grup homestay Malaysia. Seorang ahli bertanyakkan jenis vacuum yang sesuai digunakan di homestay.
Ramai ahli lain yang reply.
Terlalu banyak points sebenarnya tetapi Jbh sudah lupa.
Point yang Jbh masih ingat adalah sila guna jenis "bagless".
Selepas buat major house keeping, keluar servey vacuum cleaner.
Pertama ke Giant. Jenis bagless tiada stock. Jenis yang guna beg ini, leceh sikit. Kena sentiasa tukar atau basuh.
Hajat di hati hendak beli yang ada brand sedikit.
Maksudnya brand yang selalu kita dengar.
Sharp atau Panasonic!
Jika hendak beli vacuum cleaner kebiasaanya kita akan lihat kadar "sucking".
Ianya bergantung kepada capacity motor.
Berapa Watt...
Makin tinggi Watt, maka kuasa sedutan adalah lebih tinggi.
Harga pun akan mahal lah juga.
Selain dari itu, bekas atau cointaner perangkap habuk mudah untuk buka pun mesti di ambik kira.
Kebanyakkan model terkini sudah mesra pelanggan.
Sudah ku jajah beberapa kedai tetapi masih belum bertemu yang bekenan di hati.
Singgah di sebuah premis, jurujual promote jenama electrolux.
Encik, jenama ni memang sudah lama untuk vacuum cleaner.
1800 Watt dengan harga Rm370.
Janama continental ni encik. Memang bagus untuk vacuum cleaner.
Admin hanya tersengih!
Cari punya cari..hampeh..semua tidak berkenan.
Selama di Kulai, vacuum cleaner masih tidak terbeli.
Hmm..
Pulang ke Kuantan..survey di online pulak.
Lazada, Shopee dan 11Street..
Akhirnya terjumpa yang murah..
Ha..ha..
Rasa nak cuba beli..
Baca review dulu..
Not bad..
Semua cakap Good value for money.
Sekadar guna di homestay ok kot...cuba sedapkan hati.
Terus order!
Dua tiga hari barang sampai.
Terus uji...guna di rumah sendiri dahulu selama seminggu.
Isteri dan anak pun suka. Mudah nak kendali..ringan sangat.
Bunyi pun tidak lah bising sangat..
Pendapat admin jika tahan setahun dua pun dah berbaloi dengan harga beli tu.
Hari ini bawa vacuum cleaner bersama balik ke Kulai.
Hujung minggu ni ada kerja di Kulai. Kali ini tidak bawa famili bersama.
Bermusafir berdua dengan seorang rakan.
Penginapan pun cari hotel murah sahaja. Homestay sendiri sudah penuh di booked untuk hujung minggu
 ini. Alhamdulillah.


Monday, November 13, 2017

Jalan-Jalan Cari Makan Part 1: Faa'it Nasi Ayam dan Beriani Parit Raja,Batu Pahat, Johor


Hari ini selesai tugasan kerja hakiki di KYPJ Johor Kulai.
Jarak lebih kurang 5 Km dari rumah MIL.

Ramai juga pelanggan menginap di Homestay Atiqah Kulai apabila ada urusan di KYPJ.

Hari ini pun ada pendaftaran pelajar baru menurut seorang executive KYPJ Kulai.

Adanya IPTS ini akan merangsang ekonomi sekitar seperti homestay dan rumah sewa.

Alang-alang di Johor, isteri dan anak mengajak jalan2 cari makan di Parit Raja.

Parit Raja terkenal dengan masakan orang Johor.

Sebagai reward untuk diri sendiri, kami pun ke sana...

Cari satu warung yang agak famours di Parit Raja..Faa'it Nasi Ayam. Macam2 menu ada di jual.

Not bad juga rasa. Harga pun berpatutan.

Banyak tempat makan sedap di Johor!

#jalan2carimakan

Saturday, September 16, 2017

Hotel VS Homestay

Homestay VS Hotel

Kenapa homestay menjadi pilihan ? 5 faktor yang anda harus tahu.

1. Faktor keselamatan.
Kebanyakkan bajet hotel atau motel, bangunan dari rumah kedai jenis dua tingkat atau lebih. Sudah tentu parkir kereta di tepi jalan. Jauh di bawah sana. Jadi keselamatan kereta anda tidak terjamin. Anda sanggup mengambil risiko?

2. Kos yang murah. Dengan serendah Rm 150 anda boleh mendapatkan 3 bilik. Jika sewa hotel sekali pun harga sebilik bujang pun sudah mencecah Rm 50 semalam. Jika bilangan ahli keluarga yang ramai (2 dewasa dan 5 anak) , menyewa sebuah bilik berdua dengan satu katil queen dan satu katil single pun sudah mencecah Rm 150. Bilik pun tidaklah besar sangat.
3.Kemudahan asas yang mencukupi. Kebanyakkan homestay menyediakan peralatan memasak, cerek elektrik, peti sejuk dan mesin basuh. Jika keluarga yang ada bayi, sangat convenience. Mungkin perlu buat bubur untuk bayi? Mungkin juga perlu menyimpan makanan atau minuman bayi dalam peti ais. Jika duduk lama, tidak perlu membawa stok pakaian banyak. Homestay menyediakan mesin basuh.

4. Waktu daftar masuk dan keluar yang fleksible. Jika anda perlu daftar lewat sedikit, anda hanya perlu "nego" sewaktu membuat tempahan. Majoriti pemilik homestay sangat memahami dan sporting.
5. Terasa duduk di rumah sendiri walaupun kita berada "home away". Rasa luas dan tidak sesak. Kadang-kadang menyewa hotel bajet, terutama ruang tengah langsung tiada tingkap. Rimas sangat. Bangun pagi memang akan cepat-cepat bersiap untuk daftar keluar.

Sekarang anda sudah tahu kan. Jangan bertangguh lagi, tempah sekarang juga.

BOOK NOW.



Saturday, August 19, 2017

Tips Kesihatan : Kisah Sambal Meletup dan Pisang

Di Johor, mereka makan Pisang Goreng dengan sambal kicap. Ketika admin mula-mula pijak kaki ke negeri Johor sewaktu masa dahulu terasa agak pelik juga. Tetapi bila lama-lama rasa macam sedap. Not bad juga makan dengan sambal kicap ni.
Entri kali ini bukanlah untuk bercerita tentang makan goreng pisang dengan sambal kicap tetapi cerita Sambal dan Pisang.


Pisang sememang bagus untuk di makan. Ianya kaya dengan zat dan nutrisi yang kita perlukan seperti Vitamin C dan Magnesium. Orang kata jika sembelit makan lah pisang. Pisang boleh membantu proses pencernaan dan penghadaman. Amat bagus ambik sebelum makan di sebelah siang hari samada sarapan pagi adan makan tengah hari. Tidak elok untuk memakannya di sebelah malam kerana ia bersifat sejuk. Elak juga mengambil ketika perut kosong di sebelah malam.



foto: facebook.com/ourhappyandhealthypage


Orang yang suka pedas, tiada sambal makan tidak sah. He...he...

Al kisahnya, tempoh hari admin membeli sesikat pisang. Banyak sangat rasanya, lebih 15 biji.

Hari-hari makan pisang..

Suatu hari, di pantri pejabat ada kerepek pedas ubi kayu. Mungkin lebihan kerepek hari raya puasa tempoh hari. 

Apa lagi Admin makan tidak ingat dunia..ha..ha

Pulang kerja hari itu, isteri pula masak sambal udang. Peh..meleleh air liur. Terus makan malam pada jam 6 petang lebih kurang. Memang sedap...


Tetapi pada malam itu, tersedar pada tengah malam....

Agak-agak apa yang berlaku dek sambal pedas yang meletup tadi bercampur dengan pisang sebagai pencuci mulut...!!!!



homestay atiqah kulai
Sambal Udang campur Pisang
sumber foto : Google


Jeng..jeng...

Cuba teka...

Untuk tempahan homestay boleh klik bookhomestay.