Wednesday, October 31, 2018

Potong Akaun Astro Sambil Sarapan pagi

Assalamualaikum,
Mungkin kita bercadang untuk memotong akaun Astro kita kan?
Pastinya kita ada sebab tersendiri.
Pindah rumah?
Atau ingin bertukar ke NJOI.
Sebenarnya setakat pindah rumah, kita boleh dapatkan khidmat dari Astro untuk bantuan teknikal, contohnya untuk buka piring Astro dari rumah lama  dan pasang balik di rumah baru.

Bertukar ke NJOI melalui permindahan pakej pun boleh di buat. Maklumlah decoder sudah sedia ada.


Admin memang bernekad, tidak perlukan lagi siaran Astro di rumah.
Tidak perlu pening kepala..
Anda hanya perlukan hubungi Astro di talian:



Nak order air apa bang?

Teh Tarik!


Selepas itu, ikut arahan sahaja.
Pastikan anda tahu no akaun Astro anda ya.

Anda boleh pilih servis "5".

Dan tunggu bercakap dengan pegawai yang bertugas.

Beliau akan bertanya kenapa ingin memotong Astro.

Selepas itu akan bertanya beberapa soalan berkenaan dengan akaun Astro anda.

Ini adalah SOP keselamatan dari mereka.

Jawab semua soalan dengan tenang. 

Akhir sekali boleh tunggu akaun Astro anda di potong. 
Kes admin, ambik masa seminggu.

Mudah kan potong akaun Astro. Sambil sarapan je...


Sekian. Wassalam.


Tuesday, September 11, 2018

Pintu Lipat ( PVC Folding Door)

Pintu jenis lipat kita sering guna untuk bilik air. Kadang-kadang daun akan cepat rosak de gan penggunaan yang kasar.
Pergerakan mekanikal..
Daun di gantung seperti langsir. Mudah pecah.

Jika daun rosak, mesti tukar satu set.

Admin rasa, guna daun pintu sekeping lebih efisen.

Ha..ha..

Beberapa bulan yang lalu, tombol pengunci pintu hilang. Mungkin patah!

Tak sempat tukar baru, sementara waktu guna getak..altenatif untuk kunci dari dalam.

Dapat teguran daripada tetamu kami.

Hu..hu..

Kami memang komited untuk memberi servis terbaik iaitu perkhidmatan homestay di Kulai.

Homestay kami adalah rumah teres 3 bilik iaitu lot tepi.

Semua kelengkapan di sediakan seperti Penghawa Dinginn di bilik utama.
Mesin basuh, peti ais, kettle elektrik, seterika, pinggan dan mangkuk.

Pendek kata semua lengkap.

Baik, jika anda mengalami masalah yang sama, jangan bimbang...
Alat ganti ada di kedai-kedai hardware yang berhsmpiran di tempat anda.

Hook kunci boleh di tukar samada sebelah kiri atau kanan. Anda cuma perlu tarik tombol sahaja dan padankan dengan tapak tombol mengikut arah selak pintu anda.
Mudah sahaja dan boleh DIY.

Jika handle rosak pun kita boleh beli alat ganti di kedai hardware.