Friday, November 27, 2015

Daftar Syarikat Baru-SSM

Artikel asal : https://www.facebook.com/jombisneshomestay/ 
              [ Facebook page yang di tulis oleh Admin dan memhasakan diri sebagai JBH]

Kebanyakan orang kita bila memulakan bisnes malas untuk mendaftarkan syaikat. Biasanya mereka akan menjalankan bisnes seperti biasa terlebih dahulu. Jika terpaksa barulah mereka akan mengelabah untuk mendaftar.
Isu yang sering kali menjadi persoalan atau kekangan untuk mendaftar syarikat biasanya berkaitan dengan percukaian. Mudah cerita ‘income tax’. Takut di kejar oleh LHDN.
Terus terang, JBH sendiri pun terfikir perkara yang sama. Tuan bagaimana pula?
Sebenarnya bab   atau isu percukaian ini perkara yang kedua . Daftar syarikat dahulu, jalankan bisnes dan mula fikir pasal percukaian ini. JBH sendiri tiada pengalaman tentang percukaian ini. Maklumlah syarikat yang didaftarkan pun belum setahun jagung.
Baiklah. Kembali kepada soal daftar syarikat. Jika tuan ingin mendaftar, sila ke pejabat SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang terdekat.
Di mana cawangan terdekat? Anda boleh ke UTC.
Kenapa UTC? UTC beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Hujung minggu pun beroperasi.
Proses pendaftaran cuma mengambil masa 1 jam. Nasihat JBH, sila ke UTC pada hujung minggu kerana orang tidak ramai dan sesak.
Untuk memudahkan proses pendaftaran adalah lebih baik tuan membuat sedikit ‘homework”. Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.ssm.com.my/en/form-public.
Anda boleh muat turun borang A dan mencetaknya. Cara isi borang juga di sediakan.  Anda Cuma perlu mengikut contoh sahaja.
Mudah bukan?
Sebelum ke SSM JBH nasihatkan lebih baik tuan mengisi borang terlebih dahulu. Tetapi jika tiada masa untuk mencetak, borang A boleh didapati secara percuma di sana. Kaedah mengisi borang secara terperinci juga di sediakan.
Secara asasnya kita boleh mendaftar 2 bentuk perniagaan :
1.    Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
2.    Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Sebenarnya, kita boleh mendaftar syarikat tidak lewat dari 30 hari selepas menjalankan perniagaan. Tarikh memulakan bisnes perlu di nyatakan dalam borang A tersebut.
Kita juga boleh mendaftarkan perniagaan kita menggunakan nama sendiri atau nama tred. Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama perniagaan.
Contoh :  Ali Bin Abu
 Tetapi jika mendaftar perniagaan menggunakan nama tred, anda perlu mengisi borang PNA. 42 iaitu Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan.
Contoh : Rumah Tamu Atiqah, NRA Bestari Enterprise , AMZ Global Maju, Woha Enterprise
Anda juga wajib memperincikan setiap butiran ‘short form’ seperti “NRA”, “AMZ” atau “Woha” tersebut.
JBH juga menyarankan anda menyediakan nama syarikat sekurang-kurang 3 nama. Maklumlah kadang-kadang nama yang kita pilih dan cadangkan sudah wujud.
Jenis perniagaan juga perlu di “sediakan”, kalau tidak akan buang masa kita untuk memikirkannya di sana dan paling teruk jenis perniagaan yang kita ingin buat tidak tertulis di dalam borang-borang permohonan.
Bagi perniagaan homestay, jenis perniagaan adalah “rumah tamu” jika berdatar sebagai enterprise ( perseorangan).
Jenis perniagaan “homestay’ boleh didaftarkan untuk syarikat Sdn. Bhd.
 Apa lagi yang perlu untuk daftar perniagaan ini?
Sudah tentu perlu menyediakan wang secukupnya. RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama sendiri dan RM 60 setahun bagi nama perniagaan Tred.
Perlukah untuk lampirkan dokumen lain?
Ya. Perlu. Pastikan anda membawa satu salinan kad pengenalan anda dan rakan kongsi ( jika berkaitan).
Lagi?
Sudah cukup. Tetapi jika perniagaan lain selain dari rumah tamu anda perlu membaca panduan pendaftran dengan teliti. Untuk maklumat  lanjut , boleh layari http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership

Perlukah daftar syarikat ni? Alah, bisnes homestay je pun. Bukannya bisnes ‘juta-juta’.
Terpulang pada anda untuk membuat keputusan. Cumanya dalam perniagaan homestay ini, kadang-kadang pelanggan kita meminta resit sebagai bukti.
Orang perseorangan atas urusan peribadi mungkin tidak krikal. Anda cuma perlu menyediakan resit yang boleh di beli di mana-mana kedai buku sahaja.
Tetapi jika atas urusan rasmi kerja, biasanya mereka memerlukan resit yang mempunyai cop syarikat dengan nombor pendaftran perniagaan. Kadang-kadang mereka akan meminta sebut harga terlebih dahulu. Pembayaran semuanya di uruskan oleh pihak syarikat mereka. Terutamanya jika mereka menginap jangka masa yang lama iaitu berminggu-mingu atau sebulan dua.
Kesimpulannya, daftar syarikat ini penting. Dan ianya adalah perkara yang pertama yang sepatutnya anda perlu buat. Selepas itu anda perlu belajar serba sedikit tentang bisnes. Cara buat akaun wang keluar dan wang masuk.
Pendek kata, kena jadi orang bisnes  dan fikir cara bisnes walaupun sekadar perniagaan homestay.

Oh..rupanya banyak lagi yang perlu di pelajari!!

Saturday, November 21, 2015

Keputusan UPSR 2015

Keputusan UPSR 2015 secara rami telah di keluarkan pada hari Selasa iaitu 17/11/15 selepas jam 10.00 pagi.

"Pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 meningkat dan murid yang mendapat keputusan cemerlang semua Gred A juga meningkat kepada 38,344 orang berbanding pencapaian pada tahun 2014" 

Sumber di petik dari Astroawani.

Admin mengucapkan sekalung tahniah kepada adik-adik yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang.

Kepada yang kurang cemerlang, jangan berputus asa. Ini adalah baru permulaan. Banyak masa dan peluang lagi untuk di tempuhi pada masa hadapan. Jadikan kegagalan sebagi satu titik hijrah untuk kejayaan pada masa hadapan. Untuk adik-adik yang cemerlang, tolong jangan terlalu berpuas hati takabul. Teruskan usaha agar kejayaan silih berganti di kemudian hari.

Para ibubapa, tidak usahlah terlalu meratapi dan menyesali  akan keputusan yang tidak sebarapa anak-anak. Teruskan memberi galakan dan didikan agar mereka menjadi orang yang berjaya di dunia dan juga akhirat kelak.
Peluklah mereka walaupun mereka kurang berjaya. Janganlah terlalu "toucher" mereka terhadap perkara yang lepas. Jangan pandang ke belakang! Sila maju ke hadapan.Banyak lagi tahap dan peringkat peperiksaan yang mereka akan tempuhi nanti.

Hadiah! 
Berilah hadiah yang sewajarnya mengikut tahap pencapaian mereka. Jangan terlalu berkira dengan anak-anak. Dan jangan terlalu 'manjakan' anak-anak dengan hadiah yang menlampau-lampau.

Akhir kata, "tidak kisah kita bermula di mana tetapi yang penting di mana kita berakhir".

Sekian. Wassalam

p/s
Jika anda sebagai ibubapa tidak berpuas hati dan ingin membuat semakan semula boleh berbuat demikian dalam tempoh 30 hari selepas tarikh keputusan rasmi. 
Sila klik di sini untuk ke laman Lembaga Peperiksaan Malaysia



Wednesday, November 4, 2015

Koleksi Lawak Homestay 3 dan 4

Lawak Homestay 3
Malam-malam sebegini, sambil2 lepak di homestay atau tengah santai bersama famili adalah lebih bermakna layan lawak santai.
Ye dop?
Kisah ini berlaku di homestay Kulai....
~apabila pemutar air HOMESTAY tercabut..
HAMIDON:bang mcm mane nak berhentikan air paip ni? Pemutar die tercabutlah..
Tuan HOMESTAY:oh,senang je tu.. Awk ambik sajelah gambar..nanti berhentilah air tu..
HAMIDON:@#£%&?

Semoga tersenyum simpul !


Lawak Homestay 4
( Pada suatu malam yang dingin, sepi dan hening. Kedengaran bunyi ghairah cengkerik di kejauhan. Tiba-tiba kedengaran bunyi telefon pintar memecah kesunyian malam)
Pelanggan : Hello! Hammer Homestay ke ?
Tuan Homestay : Ya. Saya.
Pelanggan : Encik, ada letak video di you tube kan?
Tuan Homestay : Ada. Cik...
Pelanggan : Tapi saya tak boleh buka lah videonya encik. 
Macamana nak buka ye..?
Tuan Homestay : Awak ambik tukul, lepas tu ketuk kuat-kuat.
Pelangan : @@@???????!!!!!!!!!! ^.^
p/s : kalau tak boleh buka video youtube, jangan call tuan empunya video.



Lebih banyak lawak homestay, sila Like page ini :

Monday, November 2, 2015

Tempat Letak Kereta Bertingkat HKL ( Hospital Kuala Lumpur)

Pada minggu yang lepas, hari Khamis 29 Oktober 2015 admin ke Hospital Kuala Lumpur untuk urusan janji temu dengan doktor pakar di Institut Pendiatrik Hospital Kuala Lumpur. Sebenarnya sudah setahun admin tidak ke sana.

Pada suatu masa dahulu, HKL adalah "rumah kedua"admin. Mengimbau kembali kenangan di HKL adalah memori yang tidak akan di lupakan. Admin pernah bermalam  dalam kereta di parkir berhadapan Hospital Bersalin HKL.

Tetapi kenangan yang paling susah untuk lupakan adalah mencari petak kosong parkir. Setiap kali ke HKL, itu adalah masalahnya. Walaupun pihak HKL ada menyediakan kemudahan parking tetapi masih tidak mencukupi.

Admin masih ingat lagi, parkir berbayar pernah di sediakan berhampiran dengan surau HKL. Namun ianya tetap penuh. Lebih-lebih lagi jika kita tiba di HKL jam lapan pagi dan keatas. Jika di waktu puncak iaitu sebelah petang, jangan haraplah untuk mendapat parking di situ. Namun begitu, petak parkir itu tidak bertahan lama, HKL terpaksa menutupnya. Pada pertimbangan admin, mungkin ruang itu masih di perlukan untuk membina bangunan ynag lebih penting dan mustahak.

Untuk mengatasi masalah parkir, admin terpaksa meletakkan kereta di luar HKL iaitu petak parkir berhampiran dengan apartment penempatan kakitangan HKL. Walaupun agak jauh, tetapi di sinilah tempat yang ada. Banyak tapak parkir di sediakan dengan percuma.


Semuanya tinggal kenangan!!

Pada hari ini, 29 Oktober 2015 sekali lagi admin menjejakkan kaki ke sini. Seperti biasa, selepas menurunkan isteri dan anak di Institut Pendiatrik, admin terus ke tempat parkir biasa. Malangnya sesudah tiba di sana, tempat parkir di tutup. Menurut papan tanda, mesti mendapatkan pas masuk di Pejabat Pengurusan Parking Bertingkat.

Opppsss. Parking Bertingkat. Rupanya Parkir Bertingkat HKL sudah siap. Di mana ye ?  Tanpa membuang masa, admin terus keluar dari kawasan parkir tersebut dan terus mencari Parking Bertingkat HKL.









Tempat Letak Kereta Bertingkat HKL telah rasmi dan di buka kepada pengguna pada bulan March 2015. Laporan penuh oleh Utusan Malaysia sila klik di sini sini

Menurut laporan akhbar tersebut, caj yang di kenakan adalah berpatutan. Admin tidak sempat menggunakan petak parkir tersebut kerana leka memerhati dan berbual dengan kenalan baharu yang juga meletakkan kereta di bahu jalan.

Jika anda perasan, berhadapan parkir tersebut adalah "information board" secara elektronik yang mengemas kini status petak parkir bertingkat. Kalau tidak silap, parkir bertingkat mempunyai 7 tingkat dan menurut laporan surat khabar boleh menempatkan sehingga 1951 kenderaan. Pada pemerhatian admin juga, tertulis di hadapan bangunan tersebut kad " Touch N Go " juga boleh digunakan.

Jadi kepada anda yang ada urusan di HKL, tidak perlu bimbang lagi tentang masalah parking ye.