Artikel asal : https://www.facebook.com/jombisneshomestay/
[ Facebook page yang di tulis oleh Admin dan memhasakan diri sebagai JBH]
Kebanyakan orang
kita bila memulakan bisnes malas untuk mendaftarkan syaikat. Biasanya mereka
akan menjalankan bisnes seperti biasa terlebih dahulu. Jika terpaksa barulah
mereka akan mengelabah untuk mendaftar.
Isu yang sering
kali menjadi persoalan atau kekangan untuk mendaftar syarikat biasanya
berkaitan dengan percukaian. Mudah cerita ‘income tax’. Takut di kejar oleh
LHDN.
Terus terang, JBH
sendiri pun terfikir perkara yang sama. Tuan bagaimana pula?
Sebenarnya bab atau
isu percukaian ini perkara yang kedua . Daftar syarikat dahulu, jalankan bisnes
dan mula fikir pasal percukaian ini. JBH sendiri tiada pengalaman tentang
percukaian ini. Maklumlah syarikat yang didaftarkan pun belum setahun jagung.
Baiklah. Kembali
kepada soal daftar syarikat. Jika tuan ingin mendaftar, sila ke pejabat SSM (
Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang terdekat.
Di mana cawangan
terdekat? Anda boleh ke UTC.
Kenapa UTC? UTC
beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Hujung minggu pun beroperasi.
Proses pendaftaran
cuma mengambil masa 1 jam. Nasihat JBH, sila ke UTC pada hujung minggu kerana
orang tidak ramai dan sesak.
Untuk memudahkan
proses pendaftaran adalah lebih baik tuan membuat sedikit ‘homework”. Maklumat
lanjut anda boleh layari http://www.ssm.com.my/en/form-public.
Anda boleh muat
turun borang A dan mencetaknya. Cara isi borang juga di sediakan. Anda Cuma perlu mengikut contoh sahaja.
Mudah bukan?
Sebelum ke SSM JBH
nasihatkan lebih baik tuan mengisi borang terlebih dahulu. Tetapi jika tiada
masa untuk mencetak, borang A boleh didapati secara percuma di sana. Kaedah
mengisi borang secara terperinci juga di sediakan.
Secara asasnya kita
boleh mendaftar 2 bentuk perniagaan :
1.
Perniagaan Tunggal - Perniagaan
dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
2.
Perniagaan Perkongsian - Perniagaan
dimilki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua
puluh (20) rakan kongsi
Sebenarnya, kita
boleh mendaftar syarikat tidak lewat dari 30 hari selepas menjalankan
perniagaan. Tarikh memulakan bisnes perlu di nyatakan dalam borang A tersebut.
Kita juga boleh
mendaftarkan perniagaan kita menggunakan nama sendiri atau nama tred.
Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu
membuat permohonan kelulusan nama perniagaan.
Contoh : Ali Bin Abu
Tetapi jika mendaftar perniagaan menggunakan
nama tred, anda perlu mengisi borang PNA. 42 iaitu Borang Permohonan Kelulusan
Nama Perniagaan.
Contoh : Rumah Tamu
Atiqah, NRA Bestari Enterprise , AMZ Global Maju, Woha Enterprise
Anda juga wajib
memperincikan setiap butiran ‘short form’ seperti “NRA”, “AMZ” atau “Woha”
tersebut.
JBH juga
menyarankan anda menyediakan nama syarikat sekurang-kurang 3 nama. Maklumlah
kadang-kadang nama yang kita pilih dan cadangkan sudah wujud.
Jenis perniagaan
juga perlu di “sediakan”, kalau tidak akan buang masa kita untuk memikirkannya
di sana dan paling teruk jenis perniagaan yang kita ingin buat tidak tertulis
di dalam borang-borang permohonan.
Bagi perniagaan homestay,
jenis perniagaan adalah “rumah tamu” jika berdatar sebagai enterprise (
perseorangan).
Jenis perniagaan
“homestay’ boleh didaftarkan untuk syarikat Sdn. Bhd.
Apa lagi yang perlu untuk daftar perniagaan
ini?
Sudah tentu perlu
menyediakan wang secukupnya. RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama
sendiri dan RM 60 setahun bagi nama perniagaan Tred.
Perlukah untuk
lampirkan dokumen lain?
Ya. Perlu. Pastikan
anda membawa satu salinan kad pengenalan anda dan rakan kongsi ( jika
berkaitan).
Lagi?
Sudah cukup. Tetapi
jika perniagaan lain selain dari rumah tamu anda perlu membaca panduan
pendaftran dengan teliti. Untuk maklumat
lanjut , boleh layari http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership
Perlukah daftar
syarikat ni? Alah, bisnes homestay je pun. Bukannya bisnes ‘juta-juta’.
Terpulang pada anda
untuk membuat keputusan. Cumanya dalam perniagaan homestay ini, kadang-kadang
pelanggan kita meminta resit sebagai bukti.
Orang perseorangan
atas urusan peribadi mungkin tidak krikal. Anda cuma perlu menyediakan resit
yang boleh di beli di mana-mana kedai buku sahaja.
Tetapi jika atas
urusan rasmi kerja, biasanya mereka memerlukan resit yang mempunyai cop syarikat
dengan nombor pendaftran perniagaan. Kadang-kadang mereka akan meminta sebut
harga terlebih dahulu. Pembayaran semuanya di uruskan oleh pihak syarikat
mereka. Terutamanya jika mereka menginap jangka masa yang lama iaitu
berminggu-mingu atau sebulan dua.
Kesimpulannya,
daftar syarikat ini penting. Dan ianya adalah perkara yang pertama yang
sepatutnya anda perlu buat. Selepas itu anda perlu belajar serba sedikit
tentang bisnes. Cara buat akaun wang keluar dan wang masuk.
Pendek kata, kena
jadi orang bisnes dan fikir cara bisnes walaupun
sekadar perniagaan homestay.
Oh..rupanya banyak
lagi yang perlu di pelajari!!
Bagaimana pengiraan cukai utk rmh tamu yg berdaftar?
ReplyDeleteSaya pun nak tau pasal ni.
DeleteTQ INFO....dalam proses pendaftaran rumah tamu di melaka.
ReplyDelete