Monday, November 28, 2016

Selamat datang ke Atiqah Homestay Bandar Putra, Kulai, Johor

Selamat datang ke Atiqah Homestay Muslim Kulaijaya Johor. Kami amat mengalukan kedatangan anda sebagai tetamu homestay kami.

Homestay kami terletak di kawasan perumahan yang terbesar di daerah Kulaijaya iaitu di Bandar Putra. Perumahan dengan keluasan 6000 ekar dan dibangunkan oleh IOI Property adalah suatu
tempat yang selamat dan selesa untuk diduduki sebagai tempat persinggahan sementara anda.



Alamat ATIQAH HOMESTAY :
 JALAN MERBUK 14,
BANDAR PUTRA, KULAIJAYA,
JOHOR DARUL TAKZIM.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN 

-Rumah teres 1 tingkat (20x70-end lot)

- 3 bilik tidur 
- 1 ruang tetamu
- 1 ruang famili

(bilik tidur pertama berhawa dingin= katil queen size; penggantung baju; cermin; rak kecil;kipas )

(bilik tidur kedua = katil queen size; penggantung baju; cermin; rak kecil;kipas )

(bilik tidur ketiga = katil single size; penggantung baju; cermin; rak kecil;kipas )

 2 bilik air ( satu di bilik utama dan satu lagi di bahagian dapur)

- Kelengkapan di dapur  ( jug pemanas air; pinggan, mangkuk, cawan,jug air)

- Peti sejuk

- Mesin basuh

- TV ( ruang tetamu[njoi]
 Set sofa ruang tamu dan ruang famili

- Meja makan bulat 6 kerusi

- Selimut / bantal / sejadah di setiap bilik
-seterika dan stand gosok
-Tilam bujang lipat 

"TIADA KEMUDAHAN MEMASAK"

LOKASI STRATEGIK UNTUK PENGUNJUNG ATIQAH HOMESTAY 

-Masjid Bandar Putra
-Stesen Minyak PETRONAS (ATM Maybank)
-AEON, Kulaijaya
-IOI Mall, Bandar Putra Kulai,
-TESCO, Kulaijaya
-Pasaraya COWBOY, Kulai
-JPO (Johore Premium Outlet)
-LEGOLAND Malaysia, Nusajaya ( Kota Iskandar)
-HELLO KITTY, Nusa Jaya ( Kota Iskandar)
-Hutan Bandar, Bandar Putra ( Jogging track)
-IPD Kulaijaya
-Hospital Termenggong Kulaijaya
PENGANGKUTAN AWAM
-Berdekatan dengan highway Plus (Exit Kulaijaya)
- Stesen Keretapi, Kulaijaya
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Terminal Bas Kulaijaya ( UTC Kulaijaya)
-SK Bandar Putra
-SMK Bandar Putra
-Balai Bomba Bandar Putra
-Sekolah Vokasional Khas (Indahpura)
-E-Access International College ( Indahpura)
-Kolej YPJ Cawangan Kulai, Johor
-Palm Villa Golf Resort
-TNB Kulai,
-Jabatan Pendaftaran Negara, Kulai
- SAJ
-Telekom 

Kemudahan prasarana lain seperti bank (Maybank, CIMB, RHB,MUAMALAT, dll), tempat-tempat makan yang menarik di sekitar kawasan perumahan Bandar Putra.

Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut dan pertanyaan di talian :

019-7941308 (AKMAL)


Anda juga boleh menggunakan WhatsApp dan Telegram.

DIY#1: Cara Membaiki Singki Tersumbat Tahap Kronik

Kita sering kali menghadapi masalah singki tersumbat tidak kena waktunya. Pengalaman saya, sering kali berlaku ketika petang.Dekat-dekat nak magrib. Atau lebih sinonim selepas makan malam bersama keluarga.


Jika singki tersumbat tahap biasa, kita  boleh mengeluarkan sisa-sisa yang tersangkut denga cara membuka saluran paip dengan menggunakan 'wrench pembuka paip'.




Selepas buka, tanggalkan dan bersihkan. Selesai masalah.

Tetapi jika masih tersumbat, bagaimana pula?

Besar kemungkinan sisa makanan atau minyak telah melekat pada permukaan saluran paip yang di tanam dalam dinding atau lantai rumah anda. Ini di kira tahap yang KRONIK!!!

Saluran paip yang membawa sisa-sisa makanan ke luar rumah!!!!


Pada beberapa minggu yang lalu, singki di homestay tersumbat tahap kronik. Jadi di kesempatan ini kami ingin berkongsi cara-cara atau kaedah yang boleh di ambil untuk membaiki singki yang tersumbat tahap kronik ini.

Tidak perlu memanggil PLUMBER. Anda boleh DIY sahaya.


Mulakan  operasi dengan menyahkan sisa makanan yang melekat dalam paip dengan cara menjolok ke dalam paip menggunakan "Wire Spring".
Sisa makanan yang berminyak melekat pada saluran paip lebih kurang 3 Meter..Peh...




Alang-alang dah buka paip tu, bolehlah memeriksa keadaan saluran paip yang lama (saluran yang berhubung dengan singki). Boleh bersihkan. Buangkan sisa makanan yang melekat. Jika sudah usang atau bocor, lebih baik gantikan dengan yang baru.





Dan akhirnya TARAAAAAA...berjaya !!!! Singki tidak tersumbat lagi...






Singki ini, kita guna hari-hari. Jadi adalah lebih bagus jika kita ambik tindakkan yang lebih proaktif. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.

Apa kata kita buat PREVENTIVE MAINTENANCE secara berkala. Mungkin boleh buat sebulan sekali!

Apa caranya???

Cara paling mudah guna :
1. Baking Soda Powder
2. Cuka ( Artificial Vinegar)
3. Air Panas

Caranya adalah :

1. Sukat separuh cawan item no (1). Lepas tu masukkan ke dalam lubang singki. Boleh gunakan sudu kecil untuk memasukkanya.
2. Sukat separuh cawan item (2). Pun sama, curahlan ke dalam lubang singki itu. Campuran (1) dan (2) akan bertindak balas dalam saluran.
3. Alirkan item (3) sebagai mekanisme untuk flushing sisa-sisa, daki atau minyak yang melekat pada permukaan paip.

Insya Allah jika kita istiqamah ianya akan mengurangkan masalah singki tersumbat ini.

Anda juga boleh melayari blog ini untuk rujukkan lebih lanjut.

http://www.sajakongsi.com/cara-mudah-baiki-sinki-tersumbat-tahap-kronik/


Sekian. Semoga bermanfaat.




 


Friday, November 25, 2016

Travel Log Siri 2 :Cuti-Cuti Ke Port Dickson-Lukut Negeri Sembilan

Pada cuti Deepavali yang lalu, cuti sekolah bermula dari 27/10/16 sehingga 01/11/16. Di kesempatan itu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bercuti pendek.
Pada percutian kali ini kami merancang ke Port Dickson!

Sebelum ke situ, admin sempat menziarah adik beradik yang tinggal di sekitar Kuala Lumpr, Ampang dan Bangi. Selain itu admin juga ambil peluang yang ada untuk berjumpa rakan-rakan lama.

Kami bertolak dari Kuantan pada tengah hari Sabtu yang lalu. Cuaca pada mulanya sangat baik dan cerah. Cuaca bertukar dalam sekelip mata apabila kami memasuki highway Karak. Hujan selebat lebatnya.

Subhanallah. Tidak nampak jalan! Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, admin berhenti dahulu di Tol Karak sementara menunggu hujan reda. Apa lagi kami anak beranak lelapkan mata sekejap. Apa tidaknya, dah lah sejuk, lagu di corong radio sedap pulak tu...

Bukan Aku Tak Cinta...sememangnya alunan muzik yang merbu boleh membuaikan perasaan..

Saat kita berpisahKau pegang erat tangankuSepertinya tak merelakanKepergianku untuk meninggalkanmu
......
......
......

Lebih kurang jam 4.00 petang terjaga...
Wah! Dimana ni....Sunyi sepi...hujan masih renyai di luar sana...cermin kereta berkabus...
Alhamdulillah...masih di parking kereta rupanya...

Kami sekeluarga meneruskan perjalanan. Admin memandu penuh berhemat. Jalan raya basah, mungkin brek tidak makan. Jadi bawa secara berhemah.

Keluar tol dari Tol Gombak, admin terus mengambil MRR2, terus menuju ke to sungai besi. Jalan raya clear, tiada kesesakkan yang menyesakkan jiwa. Selepas tol sungai besi, berhenti mengisi petrol dan sambil-sambil mengambil sedikit refreshements.

Lebih kurang jam 5.00 petang kami tiba di rumah kakak di Bandar Sri Putera Bangi. Oleh kerana hujan yang lebat ketika perjalanan tadi, kami berniat untuk mengerjakan solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jama' Takhir.


Kami sekeluarga berehat sambil berbual-bual. Maklum sudah lama tidak bertemu!

Pada sebelah malamnya, kami berangkat ke rumah kakak nombor 2 yang tinggal di Ampang Tasek. Kiranya malam itu, kami adik beradik berkumpul. Sepupu sepapat yang berada sekitar Kuala Lumpur kami jemput sama untuk meriahkan lagi aktiviti.

Aktiviti makan-makan dan sembang-sembang sahaja.

Peh! Pekena pulut mangga segar..memang best...




Pada keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Cuaca amat cerah. Seawal jam 3.00 petang kami sudah tiba di hotel penginapan.

Wow..memang cantik tempatnya...




Kami menyusur persisiran pantai. Rasa tenang dan bahagia..

Sebelah malam kami sekeluarga makan malam di medan ikan bakar. Oleh kerana kepenatan, kami dinner ala kadar sahaja.
 PD sememangnya banyak pilihan untuk makan!!!!

Malam tu di hotel, layan pulak Gegar Vaganza...he..he...

Sarapan pagi di hotel secara buffet. Pilihan makanan memang banyak dan beraneka. Paling best dewan makan mengadap laut..

Kami menggunakan masa yang ada bercanda di tepian pantai...ha..ha..


Tepat jam 12.00 tengah hari kami check out dan terus menuju ke Lukut  3D Art Galery. Demi memenuhi permintaan anak yang sudah sekian lamanya.





Lebih kurang jam 3.00 petang selesai. Kesemua artifaks seni yang ada kami berposing...ha..ha..

Merakam  detik-detik manis bersama isteri dan anak.

Tanpa membuang masa, kami terus bergerak ke Kuala Lumpur. Pada malamnya, kami bercadang untuk bermalam di rumah abang ipar yang tinggal di Setia Wangsa.

Sebelum ke sana, kami singgah dahulu di IKEA Cheras demi memenuhi permintaan isteri tersayang.

Perut terasa kebulur. Di IKEA makanan semuanya fast food...

Panjangnya Q untuk beratur beli makananan...hmmmm

Hari Isnin pun ramai orang..detak hati aku.



Lebih kurang 3 jam juga kami berada di sana. Windows shopping sahaja!!!! Berjalan untuk dapatkan idea untuk homestay baru kami di Kuantan nanti.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di Setia Wangsa. Apa lagi aktiviti makan dan sembang-sembang lah....bersama abang ipar dan biras.

Keesokan harinya, selepas makan tengah hari di AEON Keramat AU2 kami terus pulang ke Kuantan.

Best sangat percutian singkat pada kali ini.









Monday, November 21, 2016

How to Add a Sub Titles for Online Streaming

Pada minggu yang lalu, Admin kurang sihat. Doktor telah memberi 2 hari MC untuk berehat. Jadi untuk menghilangkan kebosanan Admin layan streaming online. Kapasiti internet cuma menggunakan YES 1 MB sahaja. Jika kualiti movie gambar HD, biasanya akan buffering sedikit. Jadi kena pilih quality gambar kurang sedikit iaitu setting 360 P pun sudah memadai.

Cumanya, kadang-kadang streaming online ini, tiada sub titles. Maksudnya English sub titles. Untuk mendapatkan sari kata bahasa melayu, memang susah lah.

Jadi apa lagi, admin cari di youtube bagaimana caranya....

Terjumpa satu yang menarik !!!!

Mudah dan praktikal untuk di buat.

Caranya adalah sseperti berikut :

1. Install VLC media player. Versi 2.2 keatas sudah memadai. Ianya percuma sahaja.
Cari sahaja di internet.

2. Guna Google Chrome dan Search web site yang menawarkan online streaming. Sebagai contoh web putlockers.ch.


3. Pada bahagian search title masukkan nama filem yang anda cari sebagai contoh "The Accountant".
    Sila pilih dengan menekan kepada gambar yang keluar.

4. Tekan "Play" pada Online Player. Dan sekarang anda mesti hidupkan Developer Tool web site tersebut dengan menekan F12 pada keyboard anda.



5. Sila pilih "Network" dan cari file v.mp4. Right klik dan sila copy link.


6. Buka VLC Media Player. Pilih Media > Network Online Stream


7. Sila PASTE URL yang telah di COPY sebentar tadi.


8. Anda boleh mencari Sub Title "The Accountant" di internet dan masukkan ke dalam VLC Media player dengan "Drag & Drop" sahaja.



Selamat mencuba!

 Akan datang Admin akan bagi tutorial bagaimana untuk setting VLC Media Player mencari Sub Titles secara automatik.

Sekian. Terima Kasih.







Friday, November 18, 2016

Keputusan UPSR 2016 : Format Baharu 6A

Keputusan UPSR 2016 telah di umumkan semalam dengan 4896 calon yang mendapat semua gred A iaitu 1.11% daripada 452,751 calon yang berdaftar.

Manakala prestasi sekolah-sekolah Johor adalah seramai 671 orang daripada 54,676 iaitu 1.25% mendapat sekurang-kurannya 5A.

sumber : http://www.bharian.com.my/node/213793

Kami Warga Atiqah Homestay : Homestay Muslim Kulai ingin menggucapkan tahniah kepada semua ibubapa dan murid-murid. Sesungguhnya pendidikan tidak berhenti di sini dan ianya berterusan sehingga ke akhir hayat kita.

Perjalanan masih jauh, dan ianya baharu sahaja bermula. 

Wassalam.