Jika singki tersumbat tahap biasa, kita boleh mengeluarkan sisa-sisa yang tersangkut denga cara membuka saluran paip dengan menggunakan 'wrench pembuka paip'.
Selepas buka, tanggalkan dan bersihkan. Selesai masalah.
Tetapi jika masih tersumbat, bagaimana pula?
Besar kemungkinan sisa makanan atau minyak telah melekat pada permukaan saluran paip yang di tanam dalam dinding atau lantai rumah anda. Ini di kira tahap yang KRONIK!!!
Saluran paip yang membawa sisa-sisa makanan ke luar rumah!!!!
Pada beberapa minggu yang lalu, singki di homestay tersumbat tahap kronik. Jadi di kesempatan ini kami ingin berkongsi cara-cara atau kaedah yang boleh di ambil untuk membaiki singki yang tersumbat tahap kronik ini.
Tidak perlu memanggil PLUMBER. Anda boleh DIY sahaya.
Mulakan operasi dengan menyahkan sisa makanan yang melekat dalam paip dengan cara menjolok ke dalam paip menggunakan "Wire Spring".
Alang-alang dah buka paip tu, bolehlah memeriksa keadaan saluran paip yang lama (saluran yang berhubung dengan singki). Boleh bersihkan. Buangkan sisa makanan yang melekat. Jika sudah usang atau bocor, lebih baik gantikan dengan yang baru.
Dan akhirnya TARAAAAAA...berjaya !!!! Singki tidak tersumbat lagi...
Singki ini, kita guna hari-hari. Jadi adalah lebih bagus jika kita ambik tindakkan yang lebih proaktif. Mencegah adalah lebih baik dari mengubati.
Apa kata kita buat PREVENTIVE MAINTENANCE secara berkala. Mungkin boleh buat sebulan sekali!
Apa caranya???
Cara paling mudah guna :
1. Baking Soda Powder
2. Cuka ( Artificial Vinegar)
3. Air Panas
Caranya adalah :
1. Sukat separuh cawan item no (1). Lepas tu masukkan ke dalam lubang singki. Boleh gunakan sudu kecil untuk memasukkanya.
2. Sukat separuh cawan item (2). Pun sama, curahlan ke dalam lubang singki itu. Campuran (1) dan (2) akan bertindak balas dalam saluran.
3. Alirkan item (3) sebagai mekanisme untuk flushing sisa-sisa, daki atau minyak yang melekat pada permukaan paip.
Insya Allah jika kita istiqamah ianya akan mengurangkan masalah singki tersumbat ini.
Anda juga boleh melayari blog ini untuk rujukkan lebih lanjut.
http://www.sajakongsi.com/cara-mudah-baiki-sinki-tersumbat-tahap-kronik/
Sekian. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment