Sunday, May 14, 2017

Projek CCTV Mampu Milik

Kita tidak mampu untuk 24 jam perhatikan homestay kita dengan menggunakan tulang empat kerat.

Dalam Zaman IT tidak mustahil perkara ini menjadi kenyataan.

Pasang CCTV adalah solusinya.

Pilihan terlalu banyak di pasaran. Kita hanya perlu memilih perkakasan bersesuaian dengan bajet kita.

Apa kelebihan pasang CCTV di homestay?

Sudah semestinya berkaitan faktor keselamatan. Kita atau pelanggan akan rasa lebih selamat.

Insyaallah homestay dan harta benda kita juga akan terjaga.

Selain itu, kita juga boleh melihat dengan sendiri pelanggan-pelanggan yang menginap di homestay kita.

Terutama kes seperti Jbh yang hanya remote dari jauh.

Tidak salah untuk berusaha mengeluarkan masa, wang ringgit dan tenaga demi untuk lihat bisnes kita maju selangkah ke hadapan.

Ha..ha..ha..

Pada entri kali ini, Jbh ingin kongsikan sedikit maklumat tentang CCTV yang akan dipasang.
Fasa system assembly dah berjaya. Sekarang lebih kepada fasa pengujian dan pernilaian sistem yang di pasang iaitu stabil atau tidak.

Reliable or not.

Setakat ini, dari segi resolusi gambar adalah memuaskan.

Alarm motion detector pun agak sensitif walaupun setting pada 'LOW'.

Manusia, burung, motorsikal dan kereta melintas dapat di kesan dengan mudah.

Cuma kadang-kadang gagal mengesan pergerakkan manusia.
Mungkin disebabkan jarak dan sudut liputan.
Mungkin juga sensitiviti disebabkan kekuatan kelajuan internet!

Berlaku lengahan atau delay disebabkan kekuatan internet yang kita guna.

Penghantaran data di antara kamera dan juga smart phones tidak sejajar.

Hmmm...

Kira boleh lihat dengan masa rakaman pada imej kamera dan bandingkan dengan masa sekarang.

Ada delay dalam 2,3 saat. Akan berlaku jika kekuatan internet kita agak rendah atau slow.

Baik. Perincian tentang perkakasan yang digunakan:

1. IP Kamera. Jbh beli IP kamera jenis Xiomi 1080. Kecil molek kameranya. Harga lebih kurang Rm 90 tanpa kad memori.

2. Memori kad. Kamera IP yang di beli boleh sokong sehingga 64 GB. Pelbagai pilihan memori kad yang ada di pasaran. Pastikan anda beli mengikut speksifikasi kamera yang anda guna. Untuk kes Jbh, mikro SD card class 10.

3. Wifi. Mesti ada wifi.
Jbh recycle router dan usb modem sedia ada.
Router jenis TP-Link DWR-2 dan Usb modem yang dapat percuma semasa subcribe broadband plan Celcom sewaktu masa dahulu.

Anda juga boleh beli brand TP-Link kerana harga agak murah berbanding dengan brand yang lain. Brand pun agak tersohor dan boleh dipercayai. Setakat ini tidak mengecewakan Jbh.

Set Up bagaimana pula?

Untuk sediakan wifi, kita perlu set router kepada "Wireless Network". Kita perlu bagi nama "Network" dan set Password. Kena pilih jenis shared key protokol apa, contoh WPA2- PSK atau sebagainya.

Paling famous sekarang WPA2. Sekuriti untuk hacked pun agak tinggi dan lebih secure jika guna protokol atau format ini.

Jangan risau, anda cuma perlu ikut manual dan arahan sahaja. Kebiasaannya jika kita beli Router baharu mereka sediakan set up CD. Jadi just follow step by step.

Kena ingat, jika kita membeli Router cap ayam atau brand baru yang tidak pernah dengar kemungkinan manual atau CD pun tiada. Nak rujuk di internet pun puncanya pun agak limited.

Jenis TP Link ini, di internet banyak sumber rujukan.

Jangan salah faham, JBH bukan agen jualan produk TP Link. Ada juga brand lain di pasaran yang bagus seperti D-Link, Huawei dan sebagainya. Tetapi harga agak mahal.

Kalau anda nak senang, beli sahaja 3G/4G Mifi atau router yang ada built in SIM Kad slot.
Harga agak mahal sedikit.
Anda tidak perlu lagi membeli USB Modem stick.

Kamera IP Xiomi!
Set up mudah sahaja.
First thing first, anda kena install MI Home Apps pada smart phones anda. Boleh download secara percuma di Google Play.

Setelah memasangnya, anda perlu mendaftar dengan menggunakan akaun Gmail.

Pertama akan di tanya lokasi.

Pastikan anda pilih "Main Land China".

Kamera yang anda beli kemungkinan besar manual dalam bahasa China.

Jangan panik. Untuk set up cuma ambik masa kurang 5 Minit. Plug and Play sahaja.

Boleh rujuk di You Tube untuk set up prosedur.

Paling penting, sebelum itu pastikaan "WIFI' anda sudah tersedia.

Anda boleh buka MI Home apps dan cari kamera IP anda.

Setelah pilih, anda boleh menekan butang 'SETUP' di belakang kamera IP anda.

Arahan set up dalam bahasa cina akan kedengaran. Anda perlu ikut arahan MI Home application set up step by step dan dengar arahan dari IP Kamera anda.

Walaupun dalam bahasa cina, kita boleh set up dengan jayanya. Anda perlu guna common sense sahaja.

Selesai set up.

Kadang-kadang ambik masa sedikt ketika daftar network pada IP kamera. Ianya banyak bergantung kepada kekuatan isyarat WIFI anda.

Paling terakhir anda perlu menyediakan plan internet yang sesuai. Jika di homestay, WIFI telah tersedia, jadi tiada masalah. Boleh skip langkah ini.

Anda boleh cari dan pilih plan internet yang sesuai dengan anda dan lokasi homestay anda.

Sila study coverage setiap network provider.

JBH memilih pra bayar Xpax No Kelentong. Ha..ha...

Kenapa?

Setakat ini, Jbh rasa ini yang sesuai. Coverage pun not bad.

Untuk reload pun mudah. Pasang sahaja Xpax App pada smart phones dan boleh top up menggunakan online sahaja. Paling penting kita ada kad kredit atau duit dalam bank yang terpilih cukup dan available.

Rasanya, Jbh dah cover semua.

Cukup setakat ini. Sekian.
Wassalam.


p/s : status terkini boleh dapatkan di sini :


https://goo.gl/PquSyx

atau Klik pada foto untuk link ke FB


Projek CCTV

Di Petik dari : FB Jom Bisnes Homestay



No comments:

Post a Comment