Saturday, August 19, 2017

Tips Kesihatan : Kisah Sambal Meletup dan Pisang

Di Johor, mereka makan Pisang Goreng dengan sambal kicap. Ketika admin mula-mula pijak kaki ke negeri Johor sewaktu masa dahulu terasa agak pelik juga. Tetapi bila lama-lama rasa macam sedap. Not bad juga makan dengan sambal kicap ni.
Entri kali ini bukanlah untuk bercerita tentang makan goreng pisang dengan sambal kicap tetapi cerita Sambal dan Pisang.


Pisang sememang bagus untuk di makan. Ianya kaya dengan zat dan nutrisi yang kita perlukan seperti Vitamin C dan Magnesium. Orang kata jika sembelit makan lah pisang. Pisang boleh membantu proses pencernaan dan penghadaman. Amat bagus ambik sebelum makan di sebelah siang hari samada sarapan pagi adan makan tengah hari. Tidak elok untuk memakannya di sebelah malam kerana ia bersifat sejuk. Elak juga mengambil ketika perut kosong di sebelah malam.



foto: facebook.com/ourhappyandhealthypage


Orang yang suka pedas, tiada sambal makan tidak sah. He...he...

Al kisahnya, tempoh hari admin membeli sesikat pisang. Banyak sangat rasanya, lebih 15 biji.

Hari-hari makan pisang..

Suatu hari, di pantri pejabat ada kerepek pedas ubi kayu. Mungkin lebihan kerepek hari raya puasa tempoh hari. 

Apa lagi Admin makan tidak ingat dunia..ha..ha

Pulang kerja hari itu, isteri pula masak sambal udang. Peh..meleleh air liur. Terus makan malam pada jam 6 petang lebih kurang. Memang sedap...


Tetapi pada malam itu, tersedar pada tengah malam....

Agak-agak apa yang berlaku dek sambal pedas yang meletup tadi bercampur dengan pisang sebagai pencuci mulut...!!!!



homestay atiqah kulai
Sambal Udang campur Pisang
sumber foto : Google


Jeng..jeng...

Cuba teka...

Untuk tempahan homestay boleh klik bookhomestay.


Friday, August 18, 2017

Tips SEO 1 : Search Keywords!

Assalamualaikum,

Kami adalah pengusaha homestay di Kulai, Johor. Pada hari ini ingin berkongsi sedikit tips bagaimana kita memilih Search Key Words yang sesuai untuk domain dan URL blog, web atau page kita.


Jika anda bercadang untuk bisnes di internet, tindakkan yang pertama yang perlu anda buat adalah bina kedai online.

Cara paling mudah dan yang percuma anda boleh guna platfom Blogger dan Wordpress. Kita perlu memilih domain atau url blog anda yang mengambarkan bisnes kita. Sebagai contoh jika kita ingin membuka homestay di Kulai, domain atau url yang palaing sesuai dan terbaik adalah :

www.homestaydikulai.blogspot.com
www.homestaydikulai.wordpress.com


Jika tidak available, kita boleh ubah sedikit menjadi

www.homestaymuslimkulai.blogspot.com
www.homestaymuslimikulai.wordpress.com

atau nama-nama lain yang sesuai.


Jika kita ingin menjual produk  seperti buku, anda juga perlu memilih domain yang paling sesuai supaya kedai online kita mudah dijumpai.


Bagaimana kaedah untuk mengetahui keywords yang sesuai?

Salah satu kaedah adalah anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Adwords untuk merancang dan mencari kata kunci yang sesuai dan terbaik.


Anda perlu sign up ke platfom Google Adwords dan ikut  arahan. Google Adwords akan bantu atau guide anda untuk membuat Ads tetapi anda tidak perlu subcribe Ads. Maksudnya kempen yang kita buat sekadar untuk hanya guna tools itu untuk mengetahui trend terkini key words sahaja. Sila klik di sini untuk ke Google Keywords Planner.

Homestay Atiqah Kulai
Google Adwords tools


Perkara yang perlu di beri perhatian, sila pilih kategori yang betul dan spesifik. Sebagai contoh kategori 'homestay'.

Selepas itu, anda perlu type 'key words' yang anda ingin periksa. Sebagai contoh..

Homestay di Kulai
Homestay in Kulai
Homestay di Bandar Putra Kulai
Homestay di Senai
Homestay di Johor Bahru
Homestay berdekatan lapangan Senai
Homestay berdekat dengan JPO
.....
.....

Homestay Atiqah Kulai
Google Adwords Search Key Words

Banyak lagi..dan anda lihat score setiap key words.


Berdasarkan keputusan itu, anda boleh memilih domain atau URL yang paling sesuai untuk bisnes anda.

Anda boleh lakukan perkara yang sama untuk bisnes lain.

Anda juga boleh menambah ilmu dengan membaca tips SEO dari webs yang lain.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.

Wassalam.



Sunday, August 13, 2017

Pendaftaran Pelajar Baru UTM Skudai Johor Sesi Akademik 2017/2018

Masih mencari penginapan untuk pendaftaran pelajar UTM sesi baru 2017/2018 yang akan datang.

Homestay di Skudai, Taman Universiti, Taman Sri Pulai telah penuh.

Masih mencari-cari lagi....?

Sila hubungi kami sekarang juga www.wasap.my/60197941308.

Homestay kami hanya terletak lebih kurang 25 KM dari UTM Skudai.


https://goo.gl/maps/2TW3m8iMjm32

Apa keistimewaan homestay kami?

1. Mudah di cari. Jarak lebih kurang 13 KM dari Tol Kulai.
{https://goo.gl/maps/t9vTucACkr42}
2. Selesa dan Murah.
3. Homestay selamat kerana berpagar.
4. Di kelilingi tempat makan dan masjid.
5. Berdekatan dengan Shopping Mall seperti AOEN Kulai dan JPO.

Apa tunggu lagi, hubungi kami sekarang juga.

<<<<<www.wasap.my/60197941308>>>>>.

Homestay Atiqah Kulai ke JPO (~10 KM):

https://goo.gl/maps/QhhPX2TPU462


Sila klik di sini  untuk melihat Kalendar akademik UTM Sesi 2017/2018.