Kami adalah pengusaha homestay di Kulai, Johor. Pada hari ini ingin berkongsi sedikit tips bagaimana kita memilih Search Key Words yang sesuai untuk domain dan URL blog, web atau page kita.
Jika anda bercadang untuk bisnes di internet, tindakkan yang pertama yang perlu anda buat adalah bina kedai online.
Cara paling mudah dan yang percuma anda boleh guna platfom Blogger dan Wordpress. Kita perlu memilih domain atau url blog anda yang mengambarkan bisnes kita. Sebagai contoh jika kita ingin membuka homestay di Kulai, domain atau url yang palaing sesuai dan terbaik adalah :
www.homestaydikulai.blogspot.com
www.homestaydikulai.wordpress.com
Jika tidak available, kita boleh ubah sedikit menjadi
www.homestaymuslimkulai.blogspot.com
www.homestaymuslimikulai.wordpress.com
atau nama-nama lain yang sesuai.
Jika kita ingin menjual produk seperti buku, anda juga perlu memilih domain yang paling sesuai supaya kedai online kita mudah dijumpai.
Bagaimana kaedah untuk mengetahui keywords yang sesuai?
Salah satu kaedah adalah anda boleh menggunakan perkhidmatan Google Adwords untuk merancang dan mencari kata kunci yang sesuai dan terbaik.
Anda perlu sign up ke platfom Google Adwords dan ikut arahan. Google Adwords akan bantu atau guide anda untuk membuat Ads tetapi anda tidak perlu subcribe Ads. Maksudnya kempen yang kita buat sekadar untuk hanya guna tools itu untuk mengetahui trend terkini key words sahaja. Sila klik di sini untuk ke Google Keywords Planner.
Google Adwords tools |
Perkara yang perlu di beri perhatian, sila pilih kategori yang betul dan spesifik. Sebagai contoh kategori 'homestay'.
Selepas itu, anda perlu type 'key words' yang anda ingin periksa. Sebagai contoh..
Homestay di Kulai
Homestay in Kulai
Homestay di Bandar Putra Kulai
Homestay di Senai
Homestay di Johor Bahru
Homestay berdekatan lapangan Senai
Homestay berdekat dengan JPO
.....
.....
Google Adwords Search Key Words |
Banyak lagi..dan anda lihat score setiap key words.
Berdasarkan keputusan itu, anda boleh memilih domain atau URL yang paling sesuai untuk bisnes anda.
Anda boleh lakukan perkara yang sama untuk bisnes lain.
Anda juga boleh menambah ilmu dengan membaca tips SEO dari webs yang lain.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment