Sunday, October 23, 2016

Roti Telur Separuh Masak (Toast Bread With Soft Boiled Egg)

Kadang-kadang kita perlukan sarapan pagi yang segera tetapi berkhasiat dan bertenaga. Kenapa tidak mencuba Roti dengan Telur Separuh Masak.

Anda boleh cuba ini samada di rumah atau apabila dalam musafir. Terutama menginap di homestay ke..

Admin teringat masa dulu-dulu ketika tinggal di asrama. Boleh di katakan setiap hari telur dan roti adalah menu yang wajib untuk sarapan pagi.

Jadi pada kali ini, admin ini berkongsi resepi yang mudah dan berbaloi ini.

Cara-caranya adalah :
1. Rebus air dahulu sehingga mendidih. Pastikan air adalah cukup untuk menenggelamkan 3/4 telur. Kuantiti telus dalam 2 hingga 4 biji sahaja. Sila pilih bekas tau periuk yang sesuai untuk merebus telur tersebut. Jika ingin rebus kuantiti yang banyak, admin sarankan buat mengikut 'batch by batch'. Dengan kata lain panduan ini sesuai untuk makan-makan sahaja ye.

2. Apabila air sudah mendidih, kecilkan api. Masukkan telur. Masa yang sesuai adalah 5 minit sehingga 7 minit. Pastikan anda guna Timer ( boleh guna smart phones anda).

3. Apabila sampai masa, matikan api gas. Keluarkan telur dengan sudu dan alirkan air selama seminit untuk menyejukkan telur itu.

4. Potong sedikit di bahagian atas ( lonjong) dan anda boleh menggunakan sudu untuk menyapu pada roti anda.

5. Untuk tambah perasa, anda boleh letakkan sos atau lada hitan, garam atau apa-apa yang sesuai untuk menambah rasa.


Tadaa...Siap.

Selama mencuba dan menjamu selera.