Wednesday, October 31, 2018

Potong Akaun Astro Sambil Sarapan pagi

Assalamualaikum,
Mungkin kita bercadang untuk memotong akaun Astro kita kan?
Pastinya kita ada sebab tersendiri.
Pindah rumah?
Atau ingin bertukar ke NJOI.
Sebenarnya setakat pindah rumah, kita boleh dapatkan khidmat dari Astro untuk bantuan teknikal, contohnya untuk buka piring Astro dari rumah lama  dan pasang balik di rumah baru.

Bertukar ke NJOI melalui permindahan pakej pun boleh di buat. Maklumlah decoder sudah sedia ada.


Admin memang bernekad, tidak perlukan lagi siaran Astro di rumah.
Tidak perlu pening kepala..
Anda hanya perlukan hubungi Astro di talian:



Nak order air apa bang?

Teh Tarik!


Selepas itu, ikut arahan sahaja.
Pastikan anda tahu no akaun Astro anda ya.

Anda boleh pilih servis "5".

Dan tunggu bercakap dengan pegawai yang bertugas.

Beliau akan bertanya kenapa ingin memotong Astro.

Selepas itu akan bertanya beberapa soalan berkenaan dengan akaun Astro anda.

Ini adalah SOP keselamatan dari mereka.

Jawab semua soalan dengan tenang. 

Akhir sekali boleh tunggu akaun Astro anda di potong. 
Kes admin, ambik masa seminggu.

Mudah kan potong akaun Astro. Sambil sarapan je...


Sekian. Wassalam.