Wednesday, April 6, 2016

Travel Log Siri 1: Kuantan-Muazam-Segamat-Tangkak-Kulai

Pada minggu lepas, admin terpaksa pulang ke kampung atas urusan homestay. Keputusan balik kampung agak tergesa-gesa kerana menerima tempahan homestay 'back to back'.

Apa tu 'back to back'? Maksudnya pelanggan lama check out di sebelah pagi (AM: sebelum 12 tengah hari) dan sebelah petangnya pelanggan lain check in pula.

Sebenarnya, kerap juga berlaku perkara sebegini. Tetapi pada kali ini lain ceritanya. Pelanggan lama menetap sebulan di homestay. Secara kebetulan pengurus yang diupah terpaksa kerja lebih masa pada hari tersebut, Jadi untuk mengatasi kekangan yang ada, admin terpaksa turun padang.

Admin merancang, mulakan perjalanan selepas solat Jumaat dari Kuantan, Pahang. Pelanggan baru akan check in pada petang hari Ahad.

Untuk mengisi perjalanan tersebut, admin bercadang untuk menziarah sahabat lama di Tangkak sambil menikmati Mee Bandung.

Alhamdulillah pada petang itu cuaca sangat baik. Perjalanan kami lancar. Kami singgah di Masjid Jamek Taman Wawasan Segamat untuk menunai solat Asar. Masjid ini amat selesa. Reka bentuk masjid moden yang simple. Kemudahan tandas lelaki dan perempuan di sebelah sayap kanan dan kiri. Bilangan tandas yang banyak dan mencukupi. Ruang solat juga luas dan selesa.



Selesai solat lebih kurang 6.30 petang kami meneruskan perjalanan ke Tangkak melalui Jementah.
Jalan raya ke Jementah adalah 2 lorong. Lebih kurang 45 minit kami sudah tiba di Tangkak. Setibanya di Tangkak kami terus ke Masjid Jamek Bandar Tangkak untuk mengerjakan solat Jamak Taqdim Magrib dan Isyak.
Admin berjanji untuk berjumpa rakan lama di masjid itu. Mudahkan! Tidak perlulah berhenti dan tunggu di tempat lain.

Menyenangkan kita untuk tunaikan tanggungjwab terhadap Allah dan selepas itu barulah kita melakukan perkara duniawi pula.

Selepas solat, sahabat admin telah membawa kami sekeluarga ke Restoran yang menjual Mee Bandung. Lokasi restoran itu terletak di tepi jalan raya menghala ke Muar. Peh! Sememangnya Mee Bandung yang dimasak sedap sekali. Memang sedap. Thumb Up!!!!






Kami berbual sambil menikmati juadah yang sedap!!!Selepas beberapa jam berbual, kami meneruskan perjalanan ke Kulai, Johor.

Kami selamat sampai di Kulai, Johor pada jam 11.00 Malam.

Pada hari Isnin berikutnya, kami sekeluarga sempat singgah di Yong Peng makan tengah hari Nasi Beriani Yong Peng. Yum..yum..yum..




Kami selamat samapai di Kuantan, Pahang lebih kurang jam 4.00 Petang. Home Sweet Home! Perjalanan agak penat tetapi berpuas hati kerana dapat jumpa sahabat lama, makan-makan dan yang paling utama berjumpa orang tua.

Pada keesokkan pagi untuk memulihkan tenaga yang banyak hilang, "Roti Telur Leleh' menjadi pilihan.











No comments:

Post a Comment