Saturday, February 18, 2017

Mesin Basuh Terbakar: Tragedi! Malang Tidak Berbau

Pada minggu ini, seorang rakan setaman ( Kuantan Pahang) berkongsi satu tragedi. Mesin basuh rumah jiran beliau terbakar.

Apa punca ?

Ini text  beliau di group WhatsApp kami :

"Soft reminder utk semua..
Rumah jiran saya hampir terbakar semalam. Ini disebabkan mesin basuh yg tidak di off kan selepas digunakan .
Pcb mesin basuh biasanya dilapis dgn sejenis seal yg clear tu utk lindungi elektronik komponennya... lama2 seal tu akan cair sbb elektronik komponen tu generate haba...
Oleh itu sila tutup suis selepas digunakan."

[nota : tolong jangan didebatkan atau dikencamkan logik atau tidak puncanya, pihak admin hanya berkongs untuk peringatan semua terutama bakal pelanggan kami.Wallahualam.]


Malang tidak berbau kan?

Bulan lepas pun seorang rakan sekerja berkongsi info yang sama. Tragedi berlaku di rumah jiran beliau.
Sebelum itu pun pernah berlaku kepada keluarga rakan sepejabat.

Pendek kata, kalau sudah nak berlaku kemalangan, memang tidak dapat dielakkan.

Boleh elak jika  kita  sentiasa berwaspada dan berhati-hati.

Untuk pelanggan-pelaggan kami, mohon jasa baik anda sekalian untuk menggunakan peralatan elektrik di homestay secara berhemah.

"SILA MATIKAN SUIS SELEPAS DIGUNAKAN"


homestaymuslimkulaijaya.blogspot.com


Lagi satu, bila guna mesin basuh jangan "OVER LOAD". Kisar banyak kali pun tiada masalah, asalkan selamat.

Jika mesin beroperasi dengan lebih muatan, mesin basuh akan menggunakan lebih "KUASA" untuk menggerakkan motor. Jika ini berlaku, perlepasan haba pun turut juga meningkat. Kemungkinan tragedi seperti foto akan berlaku.


homestaymuslimkulaijaya.blogspot.com


Sekian. Salam hormat untuk semua.



p/s : punca sebenar "Mesin Basuh Terbakar seperti dalam foto" tidak di ketahui atau di kenal pasti. Apa yang pasti, kita kena beringat sebelum terkena.








No comments:

Post a Comment