Saturday, October 24, 2015

Bagaimana untuk tersenarai di halaman pertama google search part 2!

Pada post yang lepas ,admin telah menyetuh serba sedikit tentang perkara ini.
Baiklah, kita sambung semula.
Dimana kita berhenti dulu?
.......
........
Secara teknikal, perkara-perkara ini boleh di lakukan untuk membawa blog atau web site anda ke halaman pertama Googe Search .
1. Pautan Inbound ( Inbound Link)
2. Pautan Outbound ( Outbound Link)
3. Kata kunci pada halaman ( Key word in page)
4. Amanah Nama Domain ( Trustworthiness of domain name)
5. Struktur URL ( URL Structure)
6. Kadar lantunan ( Bounce Rate)
Apa maksud terperinci setiap perkara ni?
Admin tidaklah begitu pakar cuma ingin menerangkan mengikut kefahaman dan apa yang saya lakukan sekarang.
1. Pautan Inbound ( Inbound Link)
***************************************
Trafik yang masuk ke blog atau web kita di sebabkan orang klik pada pautan pada web atau blog lain. Maksudnya kita letak link pada blog atau web orang lain. Contohnya letak pada web atau blog rakan-rakan. Sama-sama 'promote' web site kita.
Mungkin juga anda ada blog atau web yang lain yang menulis tentang perkara lain seperti info tempat percutian yang menarik atau lain-lain. Sambil-sambil menulis, letakan link ke web atau homestay anda sendiri atau rakan-rakan.
Mungkin anda mempunyai rakan yang mempunyai aliran trafik atau pelawat yang tinggi masuk ke web beliau. Anda boleh memohon untuk meletakkan link homestay anda di sana.
Sesetengah web menawarkan dan memberi peluang untuk menyumbangkan artikel di blog atau web mereka. Anda boleh menawarkan diri sebagai penulis pelawat dan ambil kesempatan itu untuk meletakkan link homestay anda . Tetapi anda perlu ingat, pautan tersebut mestilah berkaitan dengan topik artikel tersebut. Jika tidak Google akan anggap sebagai "spamming".
Jika rasa sukar, yang paling mudah jangan lupa untuk letakkan alamat blog anda di carihomestay.net. Setakat yang JBH lihat, webcarihomestay.net adalah salah satu web yang mempunyai bilangan pelawat yang ramai.
Nak mudah lagi, sekali sekala buat promosi di FB sendiri. Tulislah sesuatu dan akhir sekali letakkan alamat blog kita. Kalau kita mempunyai ramai rakan insyallah ramai yang kilk pada link tersebut. Tidak rugi pun kan? Suka hati kita lah kan , itukan FB kita.
Kalau rasa tak malu, mohon jasa baik rakan-rakan untuk klik pada link tersebut. Habis cerita. Tolong klik je pun. Bila lagi kawan tolong kawan.
Admin selalu buat macam ni. Ha..ha..biasanya mintak tolong saudara mara dan rakan-rakan yang rapat.
Atau, jika anda ada Instagram, Twitter, jangan segan dan malu letak sahaja link alamat blog atau website setiap kali tweet atau ber Instagram.
Jika anda pernah download filem dari internet, mungkin anda perasan! Sebelum kita dapat download filem itu, kadang-kadang kita 'dibawa' ke web yang bukan-bukan.
Perasan tak?
Itulah caranya mereka hendak mengalirkan trafik ke web mereka.
Apa cara mudah yang boleh kita bawa masuk pelawat ke website atau blog kita?
Cuba fikir sebentar!!!
Oh! ya. Mungkin melalui SMS dan Email.
Bagaimana pulak tu?
JBH kebiasaannya akan meletakkan alamat blog dalam kandungan SMS atau Email kepada pelanggan. Kadang-kadang mereka bertanya tentang keadaan dalam homestay jadi saya meminta mereka merujuk kepada blog.
Admin juga selalu mengingatkan mereka tentang terma dan syarat tempahan homestay terutama kepada pelanggan yang masih belum membayar deposit.
Jika sudah membayar deposit, admin akan menghantar SMS atau Wasep atau Email kepada mereka untuk melihat jadual tempahan yang telah di kemas kini di blog.
Mungkin anda rasakan perkara ini tidak penting dan tidak perlu tetapi kita perlu ingat setiap peluang yang kita ada perlu di ambil dan manfaatkan.
Kita mestilah sentiasa berfikir secara posititif. Mana tau mesej yang kita berikan akan di 'forward' pada rakan-rakan, kenalan dan saudara meraka. Who Knows!
Baiklah, pada post akan datang admin akan sambung nombor 2, 3, 4,5 dan 6.
Semogan bermanfaat.
" Jika ingin ubah dunia, kita perlu ubah fikiran kita"


Tuesday, October 20, 2015

Bagaimana untuk tersenarai di halaman pertama google search!

Seorang sahabat admin yang baharu sahaja buat bisnes homestay bertanya bagaimana untuk tersenarai di halaman pertama di engine pencarian Google.
Jawab saya " mudah sahaja, jika ada duit guna iklan berbayar".

Google menyediakan iklan berbayar dengan konsep 'pay per click". Dengan bahasa mudah, bayar mahal maka akan lama berada di halaman pertama.
Ok. Jika kita ada banyak duit dan mampu bolehlah berbuat demikian.
Jika sebaliknya?

Bagaimana caranya!
Kaedah ini kita panggil kaedah organik atau natural iaitu blog atau website kita tersenarai mengikut "content" yang kita tulis di blog atau web.

Apa maksudnya tu?
Macam ni. Kita perlu faham bahawa Google adalah salah satu syarikat yang menawarkan platfom enjin carian seperti Mozila Fire fox, Yahoo atau pembekal yang lain.
Jika blog atau web kita tidak tersenarai di Google tidak bermaksud blog atau web kita tiada berada di internet.

Google bukan internet. Google adalah enjin carian. Ini anda mesti faham.
Sebenarnya blog atau web anda wujud tetapi mungkin berada di halaman belakang.
Jadi macamana mahu bawa ke depan ? 

Jika anda pernah dengar dan baca tentang SEO iaitu Search Engine Optimization. Konsep yang sama diguna pakai dalam perkara ini.

Secara ringkasnya,  pada setiap hari dan waktu  Google  akan secara rawak melawat ke blog atau website kita. Proses in di kendalikan oleh super komputer secara automatik.
Apa mereka buat pada blog/web kita?
Mereka akan 'snapshot' isi kandungan web kita. Lepas tu semua data tersebut di simpan ke suatu database yang teramat besar.

Setiap perkataan dan gambar akan di simpan di sana.
Jadi, setiap 'keyword' kita taip atau cari di internet akan di padankan dengan database tersebut.
Anda nampak tak sekarang?
Maksudnya, web atau blog kita mestilah sentiasa di update dengan info atau maklumat yang terbaru. Ini akan membuatkan banyak 'keyword' ada dalam web kita.

Seperti kita belajar  English, perbendaharan kata atau 'vocabulary' mesti banyak dalam kepala kita kan. Barulah kita boleh dan yakin untuk bertutur dalam bahasa Enggeris.
Semestinya tatabahasa  pun penting juga! Google amat mementingkan isi kandungan atau artikel  yang  kita tulis adalah berkualiti iaitu bebas daripad kesalahan tatabahasa atau  ciplak daripada web lain.
Kena ingat ya sahabat sekalian, jangan sesekali ‘copy and paste’ kerja orang lain.
Secara teknikal, perkara-perkara ini boleh di lakukan untuk membawa blog atau web site anda ke halaman pertama Googe Search :

  1.        Pautan Inbound ( Inbound Link)
  2.    . .Kata kunci pada halaman ( Key word in page)
  3.    .Amanah Nama Domain ( Trustworthiness of domain name)
  4.     Struktur URL ( URL Structure)
  5.    . Kadar lantunan ( Bounce Rate)
  6.    . Pautan Outbound ( Outbound Link)

Alamak tidak faham lah enam perkara di atas tu …!
Baiklah. Admin bagi masa kepada anda untuk menghadam dahulu. Mungkin anda boleh “ Do your own research first”.

Semoga bermanfaat. 



Sunday, October 18, 2015

Koleksi Lawak Homestay 1 & 2

Kisah-kisah lawak homestay ini di ambil dari Facebook jombisneshomestay. Page ini ada menyediakan tip-tip yang berguna untuk memulakan perniagaan homestay.

Sila like page ini, untuk mendapatkan lebih banyak info terkini dan tips.



Lawak homestay #1
Abu:assalam ni atiqah homestay ye?
Tuan homestay:ye..betul ni atiqah homestay..
Abu:untuk 21 hingga 25 ni Ade org?
Sbb saye ni guru ade khusus dari gambang ke Johor pastu ke skudai pulak..biasalah hari persekolahan
sebok sikit...boleh bagi diskaun?
Tuan homestay:bukan mase tu time budak cuti sekolah ke?
Abu:errrr..
(nk tipu pon berpada-pada lah ye..)


Lawak Homestay #2
Kelihatan 2 orang beradik berborak di di sebuah homestay ....
Adik:kakak,pandai English tak?
Kakak:pandai..
Adik:apa maksud what?
Kakak:apa
Adik:adik cakap apa maksud what?
Kakak:yelah maksud what tu apa..
Adik:eh,eh tanye adik pulak..kata spm dapat 11A tpi tk pandai pun..
Kakak:@#£%&

Saturday, October 17, 2015

BMC : Bini Mahu Cantik atau Bisnes Model Canvas !

Malam tadi, admin membawa isteri, anak dan anak saudara ke Expo Konvo UMP di Gambang. 
JBH nak konvo ke?
Bukan admin yang nak konvo, kami sekeluarga ke sana untuk mendengar ceramah Dato Kazim Elias, program " Kalau dah Jodoh".

Sebenarnya kami sekeluarga amat meminati beliau. Sebelum ini tidak pernah tengok secara 'live'. Jadi bila ada peluang ni, terus tidak mahu lepaskan peluang.

Selepas solat magrib terus kami bergerak ke sana. On the way, waktu Isyak masuk.
Terus kami cari masjid dan tunaikan solat Isyak dahulu. Niat ingin menimba ilmu, tapi pastikan hutang dengan Allah di selesaikan dahulu!

Setibanya di tapak expo, parking sudah penuh. Puas mencari ruang yang kosong, nasib baik dapat sedikit ruang. Lalu admin menyelit. Tiada masalah untuk menyelit kerana kereta  kecil sahaja.

Kami keluar dari kereta. Admin sempat mengerling ke jam tangan. Jarum jam pendek berada pada number 9. Wow! Just On Time. Program ceramah akan bermula pada jam 9:00 mengikut iklan yang admin baca di wasep.

Setiba di pentas utama tapak expo konvo, kami lihat dalam khemah dah penuh dengan orang. Penceramah belum datang lagi!
Kami pun mencari kerusi untuk duduk. Hampa sungguh. Semua penuh. Kalau kosong pun dah di booked orang. Alamak!

Admin bertanya pada isteri dan anak-anak macamana?. Kata mereka sanggup berdiri. Jadi kami pun berdirilah di bahagian belakang.
Bukan kami sahaja yang berdiri, ramai lagi rupanya.

Lima minit kemudian, pengumuman daripada MC akan kedatangan penceramah jemputan " Dato Ustaz Kazem Elias".

Tanpa melenggahkan masa, MC straight to the point menjemput Ustaz Kazim menyampaikan ceramah beliau.

Admin memang respect pada ustaz ni, pandai beliau kawal penonton supaya tidak mengantuk. Sekali sekala beliau buat lawak yang membuatkan kami tertawa. Ceramah beliau juga di selangi bait-bait nyayian yang ada kaitan dengan ujah beliau. Sedap juga suara Uztaz Kazim ni, detik JBH dalam hati.

Sejam sudah berlalu, tidak terasa penat pun walaupun kami sekeluarga berdiri. Apa sebenarnya tajuk ceramah erk?
Alamak..lupalah pulok..
Opps...kalau tak silap, berkahwin di usia muda!

Rupa-rupanya, ustaz Kazim juga berkahwin di usia muda! Beliau berkahwin pada umur 22 tahun atas kehendak keluarga. Dengan kata lain, ibu beliau sendiri yang carikan calon isteri untuknya.

Panjang kisahnya, tetapi admin dah lupa....

Selepas 1 jam dengar ceramah, apa ilmu yang admin bawa balik ke rumah ?

Ini sahaja yang admin ingat dan boleh kongsi di sini. Apa maksud CINTA?
1. Dua hati menjadi satu.
2. Tidak sanggup lihat pasangan kita susah
3. Bercinta tidak semestinya bersatu
4. Membawa pasangan kita ke syurga.

Nak ulas lebih details, admin tak pandai. Anda boleh cari di youtube kemudian!

Ceramah sudah habis, kami sekeluarga pusing-pusing sekejap di tapak konvo. Banhyak juga gerai jualaan dan pameran. Tetapi secara peribadi tidaklah sehebat Expo Konvo UTM atau UTHM. Expo konvo U lain Admin tidak pernah sampai.

Tiba-tiba awan mendung bertukar gerimis. Bunyi petir di langit. Berdetum tanda hujan nak turun.
Teringat dialog cerita Pendekar Bujang Lapuk , " Sudin, angkat jemuran, hujan dah turun".
Admin terus bagi arahan untuk kembali ke kereta.
Sebenarnya niat di hati nak mengeteh dahulu di tapak expo tetapi tiada rezeki kerana hujan turun...

On the way balik, hujan turun selebat-lebatnya. Hampir tidak nampak jalan. Admin lihat banyak kereta berhenti di bahu jalan. Admin nekad dan teruskan perjalanan. Rasa sungguh mencabar. Anak mata macam nak terkeluar dan berasa berair. Kenapa ye ?
Dek terlalu fokus atau tahan mengantuk.
Dua-dua sekali kot.

Ribut dan petir dalam gelap gelita malam di tempuhi juga. Akhirnya tiba juga di rumah. Tetapi hujan masih lebat.

" Tak payah turun dulu". Admin bagi arahan. " Nanti selsema kena hujan".

Betul ke selsema kena hujan?

Kami sekeluarga lepak dalam kereta tunggu hujan turun. Sambil itu mendengar lagu di radio. Secara kebetulan lagu gerimis mengundang..so apa lagi..kami semua "enjoyed the silent moment" dengan cara tersendiri..

Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
......
.......
.......
.......
korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan

Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan

................
.................
................

Kami dengar sampai habis. Tiba-tiba hujan sudah berhenti.
Niat nak keluar dari kereta tetapi ...
" Ayah jom pi mengeteh, makan roti canai, rasa lapar pulak"

Anak saya buat permintaan.

Sememangnya, Admin pun memang kelaparan juga...
Kami pun ke satu restoran " Moh Ngeteh".

Ok. Dah sampai. Teriak admin. Kami turun. Kedai clear, banyak kerusi kosong. Mungkin pasal hujan tadi. Biasanya penuh.

Kami duduk di satu meja. Sudut hujung sekali kedai. Sebelah meja kami di duduki oleh 4 orang dewasa umur lingkungan 40- an.

Kami terus memesan makanan. Kami berempat ambik kata sepakat untuk memesan Roti Telur dan Teh Tarik.
Kenapa?
Supaya order sampai cepat. Buat sekali gus.

Sambil menunggu pesanan sampai, JBH terdengar perbualan orang sebelah.
[ jangan salah faham ye, admin bukan mencuri dengar perbualan orang]

Suara mereka agak kuat!
Orang 1 : Man, minggu lepas aku pi kursus bisnes.
Orang 2 : Kursus apa dan kat mana?
Orang 1 : Kursus bagaimana untuk memulakan. Dekat sini je. Taman TAS.
Orang 3 : Ooooo...berapa kos yurannya?
Orang 1 : Kursus sehari RM 100.
Orang 4 : Apa contentnya? Share lah sikit.
Orang 1 : Ouh..banyak ilmu bisnes dapat. Banyak kalau nak cerite. Sampai pagi pun tak habis. Tapi yang paling aku ingat, kalau nak mula bisnes mesti buat BMC dahulu!
Orang 4, 3, 2 : BMC..apa tu ( cakap secara serentak), Bini mahu cantik ke?
Orang 1 : Bisnes Model Canvas !
Orang 4, 3, 2 : apa tu ( cakap secara serentak lagi)

Bang. Makanan dah sampai! Apa yang abang fikir ni.
Ek....dah sampai ye.

Oh! Rupanya dengan perbagai dugaan yang admin dapat malam ni rupanya Allah nak bagi satu ilmu.

BMC-Bisnes Model Canvas!

Insyaallah admin cuba study apa sebenarnya BMC ni. Kalau dah faham insyaallah admin kongsikan di sini.
Jika anda di luar sana yang ada info tentang BMC ni, boleh juga komen di sini.




Thursday, October 15, 2015

Bagaimana tambah pages pada blogspot?

Pada dua tiga hari yang lepas, seorang rakan bertanya bagaimana untuk tambah 'page' di blogspot. Oleh kerana admin agak sibuk dengan program sambutan Ma'al Hijrah di Masjid, isu tersebut tidak dapat di jawab dalam masa terdekat.

Selepas semuanya tenang, admin cuba untuk mengingati kembali kaedah untuk menambah page di blog. Maklumlah, paling terakhir admin tambah page di blog adalah lapan bulan yang lalu. Jenuh juga untuk mengingat!. Tetapi masih gagal. 

Alhamdulillah, Allah berikan idea untuk bertanya di google. Lantas admin menaip begini :

How to add pages in blogspot?

Banyak rupanya tutorial untuk menambah pages ini daripada websites, blog atau You Tube.


Admin cuba pula menaip dalam bahasa melayu seperti ini ...

Cara membuat page di blogspot atau

Cara menambah page di blogspot.

Hasil daripada carian di google adalah 

Cara membuat halaman di blog...

Kebanyakan tutorial yang admin jumpa datangnya dari Indonesia. Syabas orang-orang Indonesia.

Rentetan hal ini mengingatkan admin kepada seorang sahabat. Beliau pernah berkata " masalah orang kita adalah malas untuk mendokumentasikan sesuatu".

Admin bersetuju 100% dengan beliau. Kalau kita masih ingat sejarah, orang kita ( Melayu) di suatu masa dahulu hebat dalam rekabentuk dan bina kapal. Pada hari ini, sudah tidak di sembut lagi perkara itu. 
Kenapa? 
Bangsa lain telah mendahului kita!

Kenapa?
Kerana mereka rajin untuk mendokumenkan sesuatu walau sekecil atau seremeh mana pun.

Jadi, pada hari ini admin ingin kongsikan kaedah untuk menambah page di blog untuk kegunaan admin sendiri pada masa-masa hadapan. Admin percaya jika tidak buat sekarang, pasti selepas 3 bulan hal ini akan di lupakan semula.


Sebelum itu, supaya kita 'align' antara satu sama lain, pastikan anda memilih Template, tema Simple ( Simple theme).

Admin anggap anda semua telah mendaftarkan satu blog di blogger.com. Anda boleh sign in  ke blogger.com dengan akaun gmail anda.

Sila buat seperti langkah-langkah di bawah :

1. Sila pilih/klik Dashboard. 
Pada paparan ini anda dapat lihat Menu seperti Posts, Pages, Coments,......, Layout, Templates dan Setting.
[rujuk gambar 1]


2. Sila pilih Templates. Paparan seperti [gambar 2] akan kelihatan.
Pastikan untuk templates, anda memilih "Simple" supaya kita 'align' antara satu sama lain. Kalau tidak jadi macam ayam dan itik.

3. Selesai memilih, theme simple, sila pilih/klik menu Pages. 
Paparan [gambar 3] akan kelihatan. Sila klik New Page. Namakan page tersebut mengikut keperluan anda. Tutorial imi JBH namakan page tersebut "Galeri". Paparan adalah seperti [gambar 4].
Anda boleh memasukan gambar-gambar atau menulis apa-apa sahaja pada ruangan 'compose'. Kaedahnya sama sahaja dengan membuat 'post' baru.
Sila klik save dan publish ikon.Paparan seperti [gambar 5] akan kelihatan.Tahap sekarang, anda telah berjaya tambah page baharu pada blog anda tetapi ianya masih tidak kelihatan lagi jika anda view blog.





4. Seterusnya, sila pilih Layout. Paparan layout seperti paparan [gambar 6] akan kelihatan. Di sini, anda perlu tambah Gadget pada Cross-Column. Sila klik Add a Gadjet pada layout di bahagian Cross-Column. Paparan seperti [gambar 7] akan kelihatan.



5. Pada paparan ini, sila skrol ke bawah dan cari perkara Pages. Sila klik tanda [ +] untuk configure page list. Paparan baru Configure Page List akan kelihatan [gambar 8]. Di bahagian Pages to show, anda perlu pilih atau "Check" pada Galeri . Anda juga boleh susun page anda dengan 'drag and order' iaitu di bahagian List Order. 
Jangan lupa untuk Save selepas anda berpuas hati dengan susunan page anda.


6. Akhir sekali, sila view blog untuk melihat hasil. Paparan adalah seperti [gambar 9].


Jika anda, ingin menambah page. Sila ulang langkah di atas. Cuma di langkah 4, pada layout Cross-Column anda cuma perlu clik edit dan anda boleh mula susun pages anda mengikut kehendak dan cita rasa anda.



Selamat Mencuba.





Wednesday, October 14, 2015

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam Ma'al Hijrah 1437

Assalamualaikum,

Kami warga Atiqah Homestay ingin mengucapkan selamat tahun baru Islam dan Salam Ma'al Hijrah kepada pelanggan kami yang di hormati sekalian.

Semoga tahun baru ini membawa dan mendekatkan lagi diri kita kepada Allah S.W.T. Untuk berubah perlukan ilmu. Ilmu  datangnya daripada majlis-majlis ilmu yang kita hadiri, dengari dari saluran media massa radia dan televisyen. Alatan Audio/Video , pembacaan buku-buku dan sebagainya.

Sempena Ma'al Hijrah, Book Kafe dari Syarikat Penerbitan PTS sedang mengadakan promosi besar-besaran sehinggan 20 Oktober 2016. Promosi ini adalah sah bagi pembelian online sahaja.


Jika anda malas untuk mengisi "Borang Secara Online", anda juga boleh membuat tempahan secara SMS/WhatsApp atau PM ke FB.

Sila layari ke blog ini untuk maklumat lanjut.



Sekian. Terima Kasih.