Seorang sahabat admin yang baharu sahaja buat bisnes homestay bertanya bagaimana untuk tersenarai di
halaman pertama di engine pencarian Google.
Jawab saya " mudah
sahaja, jika ada duit guna iklan berbayar".
Google menyediakan
iklan berbayar dengan konsep 'pay per click". Dengan bahasa mudah, bayar
mahal maka akan lama berada di halaman pertama.
Ok. Jika kita ada
banyak duit dan mampu bolehlah berbuat demikian.
Jika sebaliknya?
Bagaimana caranya!
Kaedah ini kita panggil
kaedah organik atau natural iaitu blog atau website kita tersenarai mengikut
"content" yang kita tulis di blog atau web.
Apa maksudnya tu?
Macam ni. Kita perlu
faham bahawa Google adalah salah satu syarikat yang menawarkan platfom enjin
carian seperti Mozila Fire fox, Yahoo atau pembekal yang lain.
Jika blog atau web kita
tidak tersenarai di Google tidak bermaksud blog atau web kita tiada berada di
internet.
Google bukan internet.
Google adalah enjin carian. Ini anda mesti faham.
Sebenarnya blog atau
web anda wujud tetapi mungkin berada di halaman belakang.
Jadi macamana mahu bawa
ke depan ?
Jika anda pernah dengar dan baca
tentang SEO iaitu Search Engine Optimization. Konsep yang sama diguna pakai dalam perkara ini.
Secara ringkasnya, pada setiap hari dan waktu Google
akan secara rawak melawat ke blog atau website kita. Proses in di
kendalikan oleh super komputer secara automatik.
Apa mereka buat pada
blog/web kita?
Mereka akan 'snapshot'
isi kandungan web kita. Lepas tu semua data tersebut di simpan ke suatu
database yang teramat besar.
Setiap perkataan dan
gambar akan di simpan di sana.
Jadi, setiap 'keyword'
kita taip atau cari di internet akan di padankan dengan database tersebut.
Anda nampak tak
sekarang?
Maksudnya, web atau
blog kita mestilah sentiasa di update dengan info atau maklumat yang terbaru.
Ini akan membuatkan banyak 'keyword' ada dalam web kita.
Seperti kita
belajar English, perbendaharan kata atau
'vocabulary' mesti banyak dalam kepala kita kan. Barulah kita boleh dan yakin
untuk bertutur dalam bahasa Enggeris.
Semestinya tatabahasa pun penting juga! Google amat mementingkan
isi kandungan atau artikel yang kita tulis adalah berkualiti iaitu bebas
daripad kesalahan tatabahasa atau ciplak
daripada web lain.
Kena ingat ya sahabat
sekalian, jangan sesekali ‘copy and paste’ kerja orang lain.
Secara teknikal, perkara-perkara
ini boleh di lakukan untuk membawa blog atau web site anda ke halaman pertama
Googe Search :
- Pautan Inbound ( Inbound Link)
- . .Kata kunci pada halaman ( Key word in page)
- .Amanah Nama Domain ( Trustworthiness of domain name)
- Struktur URL ( URL Structure)
- . Kadar lantunan ( Bounce Rate)
- . Pautan Outbound ( Outbound Link)
Alamak tidak faham lah
enam perkara di atas tu …!
Baiklah. Admin bagi masa
kepada anda untuk menghadam dahulu. Mungkin anda boleh “ Do your own research
first”.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment