Selepas semuanya tenang, admin cuba untuk mengingati kembali kaedah untuk menambah page di blog. Maklumlah, paling terakhir admin tambah page di blog adalah lapan bulan yang lalu. Jenuh juga untuk mengingat!. Tetapi masih gagal.
Alhamdulillah, Allah berikan idea untuk bertanya di google. Lantas admin menaip begini :
How to add pages in blogspot?
Banyak rupanya tutorial untuk menambah pages ini daripada websites, blog atau You Tube.
Admin cuba pula menaip dalam bahasa melayu seperti ini ...
Cara membuat page di blogspot atau
Cara menambah page di blogspot.
Hasil daripada carian di google adalah
Cara membuat halaman di blog...
Kebanyakan tutorial yang admin jumpa datangnya dari Indonesia. Syabas orang-orang Indonesia.
Rentetan hal ini mengingatkan admin kepada seorang sahabat. Beliau pernah berkata " masalah orang kita adalah malas untuk mendokumentasikan sesuatu".
Admin bersetuju 100% dengan beliau. Kalau kita masih ingat sejarah, orang kita ( Melayu) di suatu masa dahulu hebat dalam rekabentuk dan bina kapal. Pada hari ini, sudah tidak di sembut lagi perkara itu.
Kenapa?
Bangsa lain telah mendahului kita!
Kenapa?
Kerana mereka rajin untuk mendokumenkan sesuatu walau sekecil atau seremeh mana pun.
Jadi, pada hari ini admin ingin kongsikan kaedah untuk menambah page di blog untuk kegunaan admin sendiri pada masa-masa hadapan. Admin percaya jika tidak buat sekarang, pasti selepas 3 bulan hal ini akan di lupakan semula.
Sebelum itu, supaya kita 'align' antara satu sama lain, pastikan anda memilih Template, tema Simple ( Simple theme).
Admin anggap anda semua telah mendaftarkan satu blog di blogger.com. Anda boleh sign in ke blogger.com dengan akaun gmail anda.
Sila buat seperti langkah-langkah di bawah :
1. Sila pilih/klik Dashboard.
Pada paparan ini anda dapat lihat Menu seperti Posts, Pages, Coments,......, Layout, Templates dan Setting.
[rujuk gambar 1]
2. Sila pilih Templates. Paparan seperti [gambar 2] akan kelihatan.
Pastikan untuk templates, anda memilih "Simple" supaya kita 'align' antara satu sama lain. Kalau tidak jadi macam ayam dan itik.
3. Selesai memilih, theme simple, sila pilih/klik menu Pages.
Paparan [gambar 3] akan kelihatan. Sila klik New Page. Namakan page tersebut mengikut keperluan anda. Tutorial imi JBH namakan page tersebut "Galeri". Paparan adalah seperti [gambar 4].
Anda boleh memasukan gambar-gambar atau menulis apa-apa sahaja pada ruangan 'compose'. Kaedahnya sama sahaja dengan membuat 'post' baru.
Sila klik save dan publish ikon.Paparan seperti [gambar 5] akan kelihatan.Tahap sekarang, anda telah berjaya tambah page baharu pada blog anda tetapi ianya masih tidak kelihatan lagi jika anda view blog.
4. Seterusnya, sila pilih Layout. Paparan layout seperti paparan [gambar 6] akan kelihatan. Di sini, anda perlu tambah Gadget pada Cross-Column. Sila klik Add a Gadjet pada layout di bahagian Cross-Column. Paparan seperti [gambar 7] akan kelihatan.
5. Pada paparan ini, sila skrol ke bawah dan cari perkara Pages. Sila klik tanda [ +] untuk configure page list. Paparan baru Configure Page List akan kelihatan [gambar 8]. Di bahagian Pages to show, anda perlu pilih atau "Check" pada Galeri . Anda juga boleh susun page anda dengan 'drag and order' iaitu di bahagian List Order.
Jangan lupa untuk Save selepas anda berpuas hati dengan susunan page anda.
6. Akhir sekali, sila view blog untuk melihat hasil. Paparan adalah seperti [gambar 9].
Jika anda, ingin menambah page. Sila ulang langkah di atas. Cuma di langkah 4, pada layout Cross-Column anda cuma perlu clik edit dan anda boleh mula susun pages anda mengikut kehendak dan cita rasa anda.
Selamat Mencuba.
No comments:
Post a Comment