Malam tadi, admin membawa isteri, anak dan anak saudara ke Expo Konvo UMP di Gambang.
JBH nak konvo ke?
Bukan admin yang nak konvo, kami sekeluarga ke sana untuk mendengar ceramah Dato Kazim Elias, program " Kalau dah Jodoh".
Sebenarnya kami sekeluarga amat meminati beliau. Sebelum ini tidak pernah tengok secara 'live'. Jadi bila ada peluang ni, terus tidak mahu lepaskan peluang.
Selepas solat magrib terus kami bergerak ke sana. On the way, waktu Isyak masuk.
Terus kami cari masjid dan tunaikan solat Isyak dahulu. Niat ingin menimba ilmu, tapi pastikan hutang dengan Allah di selesaikan dahulu!
Setibanya di tapak expo, parking sudah penuh. Puas mencari ruang yang kosong, nasib baik dapat sedikit ruang. Lalu admin menyelit. Tiada masalah untuk menyelit kerana kereta kecil sahaja.
Kami keluar dari kereta. Admin sempat mengerling ke jam tangan. Jarum jam pendek berada pada number 9. Wow! Just On Time. Program ceramah akan bermula pada jam 9:00 mengikut iklan yang admin baca di wasep.
Setiba di pentas utama tapak expo konvo, kami lihat dalam khemah dah penuh dengan orang. Penceramah belum datang lagi!
Kami pun mencari kerusi untuk duduk. Hampa sungguh. Semua penuh. Kalau kosong pun dah di booked orang. Alamak!
Admin bertanya pada isteri dan anak-anak macamana?. Kata mereka sanggup berdiri. Jadi kami pun berdirilah di bahagian belakang.
Bukan kami sahaja yang berdiri, ramai lagi rupanya.
Lima minit kemudian, pengumuman daripada MC akan kedatangan penceramah jemputan " Dato Ustaz Kazem Elias".
Tanpa melenggahkan masa, MC straight to the point menjemput Ustaz Kazim menyampaikan ceramah beliau.
Admin memang respect pada ustaz ni, pandai beliau kawal penonton supaya tidak mengantuk. Sekali sekala beliau buat lawak yang membuatkan kami tertawa. Ceramah beliau juga di selangi bait-bait nyayian yang ada kaitan dengan ujah beliau. Sedap juga suara Uztaz Kazim ni, detik JBH dalam hati.
Sejam sudah berlalu, tidak terasa penat pun walaupun kami sekeluarga berdiri. Apa sebenarnya tajuk ceramah erk?
Alamak..lupalah pulok..
Opps...kalau tak silap, berkahwin di usia muda!
Rupa-rupanya, ustaz Kazim juga berkahwin di usia muda! Beliau berkahwin pada umur 22 tahun atas kehendak keluarga. Dengan kata lain, ibu beliau sendiri yang carikan calon isteri untuknya.
Panjang kisahnya, tetapi admin dah lupa....
Selepas 1 jam dengar ceramah, apa ilmu yang admin bawa balik ke rumah ?
Ini sahaja yang admin ingat dan boleh kongsi di sini. Apa maksud CINTA?
1. Dua hati menjadi satu.
2. Tidak sanggup lihat pasangan kita susah
3. Bercinta tidak semestinya bersatu
4. Membawa pasangan kita ke syurga.
Nak ulas lebih details, admin tak pandai. Anda boleh cari di youtube kemudian!
Ceramah sudah habis, kami sekeluarga pusing-pusing sekejap di tapak konvo. Banhyak juga gerai jualaan dan pameran. Tetapi secara peribadi tidaklah sehebat Expo Konvo UTM atau UTHM. Expo konvo U lain Admin tidak pernah sampai.
Tiba-tiba awan mendung bertukar gerimis. Bunyi petir di langit. Berdetum tanda hujan nak turun.
Teringat dialog cerita Pendekar Bujang Lapuk , " Sudin, angkat jemuran, hujan dah turun".
Admin terus bagi arahan untuk kembali ke kereta.
Sebenarnya niat di hati nak mengeteh dahulu di tapak expo tetapi tiada rezeki kerana hujan turun...
On the way balik, hujan turun selebat-lebatnya. Hampir tidak nampak jalan. Admin lihat banyak kereta berhenti di bahu jalan. Admin nekad dan teruskan perjalanan. Rasa sungguh mencabar. Anak mata macam nak terkeluar dan berasa berair. Kenapa ye ?
Dek terlalu fokus atau tahan mengantuk.
Dua-dua sekali kot.
Ribut dan petir dalam gelap gelita malam di tempuhi juga. Akhirnya tiba juga di rumah. Tetapi hujan masih lebat.
" Tak payah turun dulu". Admin bagi arahan. " Nanti selsema kena hujan".
Betul ke selsema kena hujan?
Kami sekeluarga lepak dalam kereta tunggu hujan turun. Sambil itu mendengar lagu di radio. Secara kebetulan lagu gerimis mengundang..so apa lagi..kami semua "enjoyed the silent moment" dengan cara tersendiri..
Kusangkakan panas berpanjangan
Rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang
Dalam tak sedar ku kebasahan
......
.......
.......
.......
korus )
Bukan sekejap denganmu
Bukan mainan hasratku
Engkau pun tahu niatku
Tulus dan suci
Senang benar kau ucapkan
Kau anggap itu suratan
Sikit pun riak wajahmu
Tiada terkilan
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat terhina kau lakukan
Terasa diri amat terhina kau lakukan
................
.................
................
Kami dengar sampai habis. Tiba-tiba hujan sudah berhenti.
Niat nak keluar dari kereta tetapi ...
" Ayah jom pi mengeteh, makan roti canai, rasa lapar pulak"
Anak saya buat permintaan.
Sememangnya, Admin pun memang kelaparan juga...
Kami pun ke satu restoran " Moh Ngeteh".
Ok. Dah sampai. Teriak admin. Kami turun. Kedai clear, banyak kerusi kosong. Mungkin pasal hujan tadi. Biasanya penuh.
Kami duduk di satu meja. Sudut hujung sekali kedai. Sebelah meja kami di duduki oleh 4 orang dewasa umur lingkungan 40- an.
Kami terus memesan makanan. Kami berempat ambik kata sepakat untuk memesan Roti Telur dan Teh Tarik.
Kenapa?
Supaya order sampai cepat. Buat sekali gus.
Sambil menunggu pesanan sampai, JBH terdengar perbualan orang sebelah.
[ jangan salah faham ye, admin bukan mencuri dengar perbualan orang]
Suara mereka agak kuat!
Orang 1 : Man, minggu lepas aku pi kursus bisnes.
Orang 2 : Kursus apa dan kat mana?
Orang 1 : Kursus bagaimana untuk memulakan. Dekat sini je. Taman TAS.
Orang 3 : Ooooo...berapa kos yurannya?
Orang 1 : Kursus sehari RM 100.
Orang 4 : Apa contentnya? Share lah sikit.
Orang 1 : Ouh..banyak ilmu bisnes dapat. Banyak kalau nak cerite. Sampai pagi pun tak habis. Tapi yang paling aku ingat, kalau nak mula bisnes mesti buat BMC dahulu!
Orang 4, 3, 2 : BMC..apa tu ( cakap secara serentak), Bini mahu cantik ke?
Orang 1 : Bisnes Model Canvas !
Orang 4, 3, 2 : apa tu ( cakap secara serentak lagi)
Bang. Makanan dah sampai! Apa yang abang fikir ni.
Ek....dah sampai ye.
Oh! Rupanya dengan perbagai dugaan yang admin dapat malam ni rupanya Allah nak bagi satu ilmu.
BMC-Bisnes Model Canvas!
Insyaallah admin cuba study apa sebenarnya BMC ni. Kalau dah faham insyaallah admin kongsikan di sini.
Jika anda di luar sana yang ada info tentang BMC ni, boleh juga komen di sini.
HOMESTAY DI KULAI YANG MURAH, SELESA DAN SELAMAT. LOKASI HOMESTAY DI IOI KULAI BERDEKATAN HOMESTAY DI INDAHPRA, HOMESTAY DI SALENG, HOMESTAY DI SENAI, HOMESTAY SKUDAI DAN HOMESTAY DI JOHOR BAHRU. SEBAGAI ALTENATIF PENGINAPAN SELAIN HOTEL DI KULAI, SALENG, SENAI, SKUDAI DAN JOHOR BAHRU. RUMAH TERES RUMAH TEPI 3 BILIK (2Q,1S), 1 PENGHAWA DINGIN, 2 BILIK AIR DAN ASTRO NJOI. [0197941308-AKMAL]
Saturday, October 17, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment