Saturday, October 24, 2015

Bagaimana untuk tersenarai di halaman pertama google search part 2!

Pada post yang lepas ,admin telah menyetuh serba sedikit tentang perkara ini.
Baiklah, kita sambung semula.
Dimana kita berhenti dulu?
.......
........
Secara teknikal, perkara-perkara ini boleh di lakukan untuk membawa blog atau web site anda ke halaman pertama Googe Search .
1. Pautan Inbound ( Inbound Link)
2. Pautan Outbound ( Outbound Link)
3. Kata kunci pada halaman ( Key word in page)
4. Amanah Nama Domain ( Trustworthiness of domain name)
5. Struktur URL ( URL Structure)
6. Kadar lantunan ( Bounce Rate)
Apa maksud terperinci setiap perkara ni?
Admin tidaklah begitu pakar cuma ingin menerangkan mengikut kefahaman dan apa yang saya lakukan sekarang.
1. Pautan Inbound ( Inbound Link)
***************************************
Trafik yang masuk ke blog atau web kita di sebabkan orang klik pada pautan pada web atau blog lain. Maksudnya kita letak link pada blog atau web orang lain. Contohnya letak pada web atau blog rakan-rakan. Sama-sama 'promote' web site kita.
Mungkin juga anda ada blog atau web yang lain yang menulis tentang perkara lain seperti info tempat percutian yang menarik atau lain-lain. Sambil-sambil menulis, letakan link ke web atau homestay anda sendiri atau rakan-rakan.
Mungkin anda mempunyai rakan yang mempunyai aliran trafik atau pelawat yang tinggi masuk ke web beliau. Anda boleh memohon untuk meletakkan link homestay anda di sana.
Sesetengah web menawarkan dan memberi peluang untuk menyumbangkan artikel di blog atau web mereka. Anda boleh menawarkan diri sebagai penulis pelawat dan ambil kesempatan itu untuk meletakkan link homestay anda . Tetapi anda perlu ingat, pautan tersebut mestilah berkaitan dengan topik artikel tersebut. Jika tidak Google akan anggap sebagai "spamming".
Jika rasa sukar, yang paling mudah jangan lupa untuk letakkan alamat blog anda di carihomestay.net. Setakat yang JBH lihat, webcarihomestay.net adalah salah satu web yang mempunyai bilangan pelawat yang ramai.
Nak mudah lagi, sekali sekala buat promosi di FB sendiri. Tulislah sesuatu dan akhir sekali letakkan alamat blog kita. Kalau kita mempunyai ramai rakan insyallah ramai yang kilk pada link tersebut. Tidak rugi pun kan? Suka hati kita lah kan , itukan FB kita.
Kalau rasa tak malu, mohon jasa baik rakan-rakan untuk klik pada link tersebut. Habis cerita. Tolong klik je pun. Bila lagi kawan tolong kawan.
Admin selalu buat macam ni. Ha..ha..biasanya mintak tolong saudara mara dan rakan-rakan yang rapat.
Atau, jika anda ada Instagram, Twitter, jangan segan dan malu letak sahaja link alamat blog atau website setiap kali tweet atau ber Instagram.
Jika anda pernah download filem dari internet, mungkin anda perasan! Sebelum kita dapat download filem itu, kadang-kadang kita 'dibawa' ke web yang bukan-bukan.
Perasan tak?
Itulah caranya mereka hendak mengalirkan trafik ke web mereka.
Apa cara mudah yang boleh kita bawa masuk pelawat ke website atau blog kita?
Cuba fikir sebentar!!!
Oh! ya. Mungkin melalui SMS dan Email.
Bagaimana pulak tu?
JBH kebiasaannya akan meletakkan alamat blog dalam kandungan SMS atau Email kepada pelanggan. Kadang-kadang mereka bertanya tentang keadaan dalam homestay jadi saya meminta mereka merujuk kepada blog.
Admin juga selalu mengingatkan mereka tentang terma dan syarat tempahan homestay terutama kepada pelanggan yang masih belum membayar deposit.
Jika sudah membayar deposit, admin akan menghantar SMS atau Wasep atau Email kepada mereka untuk melihat jadual tempahan yang telah di kemas kini di blog.
Mungkin anda rasakan perkara ini tidak penting dan tidak perlu tetapi kita perlu ingat setiap peluang yang kita ada perlu di ambil dan manfaatkan.
Kita mestilah sentiasa berfikir secara posititif. Mana tau mesej yang kita berikan akan di 'forward' pada rakan-rakan, kenalan dan saudara meraka. Who Knows!
Baiklah, pada post akan datang admin akan sambung nombor 2, 3, 4,5 dan 6.
Semogan bermanfaat.
" Jika ingin ubah dunia, kita perlu ubah fikiran kita"


No comments:

Post a Comment