Monday, November 21, 2016

How to Add a Sub Titles for Online Streaming

Pada minggu yang lalu, Admin kurang sihat. Doktor telah memberi 2 hari MC untuk berehat. Jadi untuk menghilangkan kebosanan Admin layan streaming online. Kapasiti internet cuma menggunakan YES 1 MB sahaja. Jika kualiti movie gambar HD, biasanya akan buffering sedikit. Jadi kena pilih quality gambar kurang sedikit iaitu setting 360 P pun sudah memadai.

Cumanya, kadang-kadang streaming online ini, tiada sub titles. Maksudnya English sub titles. Untuk mendapatkan sari kata bahasa melayu, memang susah lah.

Jadi apa lagi, admin cari di youtube bagaimana caranya....

Terjumpa satu yang menarik !!!!

Mudah dan praktikal untuk di buat.

Caranya adalah sseperti berikut :

1. Install VLC media player. Versi 2.2 keatas sudah memadai. Ianya percuma sahaja.
Cari sahaja di internet.

2. Guna Google Chrome dan Search web site yang menawarkan online streaming. Sebagai contoh web putlockers.ch.


3. Pada bahagian search title masukkan nama filem yang anda cari sebagai contoh "The Accountant".
    Sila pilih dengan menekan kepada gambar yang keluar.

4. Tekan "Play" pada Online Player. Dan sekarang anda mesti hidupkan Developer Tool web site tersebut dengan menekan F12 pada keyboard anda.



5. Sila pilih "Network" dan cari file v.mp4. Right klik dan sila copy link.


6. Buka VLC Media Player. Pilih Media > Network Online Stream


7. Sila PASTE URL yang telah di COPY sebentar tadi.


8. Anda boleh mencari Sub Title "The Accountant" di internet dan masukkan ke dalam VLC Media player dengan "Drag & Drop" sahaja.



Selamat mencuba!

 Akan datang Admin akan bagi tutorial bagaimana untuk setting VLC Media Player mencari Sub Titles secara automatik.

Sekian. Terima Kasih.







No comments:

Post a Comment