Friday, November 25, 2016

Travel Log Siri 2 :Cuti-Cuti Ke Port Dickson-Lukut Negeri Sembilan

Pada cuti Deepavali yang lalu, cuti sekolah bermula dari 27/10/16 sehingga 01/11/16. Di kesempatan itu, kami sekeluarga mengambil kesempatan untuk bercuti pendek.
Pada percutian kali ini kami merancang ke Port Dickson!

Sebelum ke situ, admin sempat menziarah adik beradik yang tinggal di sekitar Kuala Lumpr, Ampang dan Bangi. Selain itu admin juga ambil peluang yang ada untuk berjumpa rakan-rakan lama.

Kami bertolak dari Kuantan pada tengah hari Sabtu yang lalu. Cuaca pada mulanya sangat baik dan cerah. Cuaca bertukar dalam sekelip mata apabila kami memasuki highway Karak. Hujan selebat lebatnya.

Subhanallah. Tidak nampak jalan! Oleh kerana tidak mahu mengambil risiko, admin berhenti dahulu di Tol Karak sementara menunggu hujan reda. Apa lagi kami anak beranak lelapkan mata sekejap. Apa tidaknya, dah lah sejuk, lagu di corong radio sedap pulak tu...

Bukan Aku Tak Cinta...sememangnya alunan muzik yang merbu boleh membuaikan perasaan..

Saat kita berpisahKau pegang erat tangankuSepertinya tak merelakanKepergianku untuk meninggalkanmu
......
......
......

Lebih kurang jam 4.00 petang terjaga...
Wah! Dimana ni....Sunyi sepi...hujan masih renyai di luar sana...cermin kereta berkabus...
Alhamdulillah...masih di parking kereta rupanya...

Kami sekeluarga meneruskan perjalanan. Admin memandu penuh berhemat. Jalan raya basah, mungkin brek tidak makan. Jadi bawa secara berhemah.

Keluar tol dari Tol Gombak, admin terus mengambil MRR2, terus menuju ke to sungai besi. Jalan raya clear, tiada kesesakkan yang menyesakkan jiwa. Selepas tol sungai besi, berhenti mengisi petrol dan sambil-sambil mengambil sedikit refreshements.

Lebih kurang jam 5.00 petang kami tiba di rumah kakak di Bandar Sri Putera Bangi. Oleh kerana hujan yang lebat ketika perjalanan tadi, kami berniat untuk mengerjakan solat Zohor dan Asar secara Qasar dan Jama' Takhir.


Kami sekeluarga berehat sambil berbual-bual. Maklum sudah lama tidak bertemu!

Pada sebelah malamnya, kami berangkat ke rumah kakak nombor 2 yang tinggal di Ampang Tasek. Kiranya malam itu, kami adik beradik berkumpul. Sepupu sepapat yang berada sekitar Kuala Lumpur kami jemput sama untuk meriahkan lagi aktiviti.

Aktiviti makan-makan dan sembang-sembang sahaja.

Peh! Pekena pulut mangga segar..memang best...




Pada keesokan harinya kami meneruskan perjalanan ke Port Dickson. Cuaca amat cerah. Seawal jam 3.00 petang kami sudah tiba di hotel penginapan.

Wow..memang cantik tempatnya...




Kami menyusur persisiran pantai. Rasa tenang dan bahagia..

Sebelah malam kami sekeluarga makan malam di medan ikan bakar. Oleh kerana kepenatan, kami dinner ala kadar sahaja.
 PD sememangnya banyak pilihan untuk makan!!!!

Malam tu di hotel, layan pulak Gegar Vaganza...he..he...

Sarapan pagi di hotel secara buffet. Pilihan makanan memang banyak dan beraneka. Paling best dewan makan mengadap laut..

Kami menggunakan masa yang ada bercanda di tepian pantai...ha..ha..


Tepat jam 12.00 tengah hari kami check out dan terus menuju ke Lukut  3D Art Galery. Demi memenuhi permintaan anak yang sudah sekian lamanya.





Lebih kurang jam 3.00 petang selesai. Kesemua artifaks seni yang ada kami berposing...ha..ha..

Merakam  detik-detik manis bersama isteri dan anak.

Tanpa membuang masa, kami terus bergerak ke Kuala Lumpur. Pada malamnya, kami bercadang untuk bermalam di rumah abang ipar yang tinggal di Setia Wangsa.

Sebelum ke sana, kami singgah dahulu di IKEA Cheras demi memenuhi permintaan isteri tersayang.

Perut terasa kebulur. Di IKEA makanan semuanya fast food...

Panjangnya Q untuk beratur beli makananan...hmmmm

Hari Isnin pun ramai orang..detak hati aku.



Lebih kurang 3 jam juga kami berada di sana. Windows shopping sahaja!!!! Berjalan untuk dapatkan idea untuk homestay baru kami di Kuantan nanti.

Lebih kurang jam 8.00 malam kami tiba di Setia Wangsa. Apa lagi aktiviti makan dan sembang-sembang lah....bersama abang ipar dan biras.

Keesokan harinya, selepas makan tengah hari di AEON Keramat AU2 kami terus pulang ke Kuantan.

Best sangat percutian singkat pada kali ini.









No comments:

Post a Comment