Wednesday, September 9, 2015

Cuti Sekolah Datang Lagi -Bermula 19 September 2015

Cuti sekolah pertengahan penggal kedua sesi 2015 akan bermula pada 19 September 2015. Cuti akan berakhir pada 27 September 2015.

Pada masa yang sama, umat islam akan menyambut Hari Raya Korban pada 24 September 2015 iaitu jatuh pada hari Khamis. Hari raya korban atau Hari Raya Aidil Adha disambut pada 10 Zulhijah mengikut kalendar Hijrah Umat Islam. Sambutan hari raya Aidil Adha adalah istimewa kerana pada hari itu umat islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Allah Ibrahim A.S dalam menunaikan perintah Allah S.W.T. Pada hari itu juga umat islam disunatkan untuk melakukan ibadah korban iaitu menyembelih lembu, kambing dan sebagainya ( yang di benarkan oleh syarak). Ibadah korban ini boleh di lakukan dlam tempoh empat hari bermula pada hari 10 Zulhijah.

Jika anda bercadang ingin bercuti, kami cadangkan anda datang ke Johor. Tempat yang boleh anda lewati adalah LEGOLAND malaysia. Amat mudah untuk ke LEGOLAND jika anda memilih homestay kami sebagai tempat penginapan sementara anda. Pastinya anak-anak anda akan teruja melawati satu hari ke LEGOLAND MALAYSIA.






Maklumat lengkap, sila layari  http://www.legoland.com.my

Peta ke LEGOLAND dari homestay kami :

No comments:

Post a Comment