Wednesday, September 23, 2015

Wukuf di Arafah :Musim Haji 2015

Pada hari ini, 23 September 2015 semua umat islam yang mengerjakan haji di Mekkah, Arab Saudi akan berkumpul di Arafah untuk berwukuf. Berwukuf di Arafah adalah salah satu rukun haji. Lebih 3 juta umat ismal seluruh dunia dan termasuk lebih 22000 jemaah haji dari Malaysia akan berkumpul di Arafah.

Tempoh berwukuf dalam ibadat haji bermula apabila tergelincirnya matahari ( maksudnya waktu zohor) pada 9 Zulhiljah sehingga terbitnya fajar subuh pada 10 Zulhiljah. Pada 10 Zulhiljah umat islam akan merayakan hari raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban.

Berwukuf di padang Arafah adalah simbolik dan lambang padang Masyar kelak ketika kita di bangkitkan dari alam kubur.
Foto Fail AP

Ketika hari Arafah ini bukan sahaja jemaah haji tetapi seluruh umat islam disunnahkan berdoa walau di mana jua berada.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah.” (HR At Tirmidzi disahihkan Al-Albani)

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik doa adalah pada hari Arafah, dan sebaik-baik doa yang aku dan para nabi yang lain ucapkan ialah: "'Laa ilaha illallahu wahdahu laa syarika lahu, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'ala kulli syai'in qadir." Maksudnya: ‘Tiada Tuhan yang sebenarnya yang layak disembah melainkan Allah, tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan dan pujian, dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu.’” (Hadis Riwayat Tirmizi).

Jom kita sama-sama berdoa semoga seluruh umat islam yang menggerjakan haji mendapat haji yang mabrur, haji yang di terima oleh Allah S.W.T.

Jika anda perlukan tempat tinggal sementara untuk menjemput ibu bapa, adik beradik , saudara mara , rakan taulan pulang daripada mengerjakan haji dan tiba di lapangan terbang Senai, Johor homestay kami adalah pilihan tepat kerana menawarkan perkhidmatan yang selesan dengan harga yang berpatutan. 
Hubungi kami sekarang untuk pertanyaan dan tempahan ( 0197941308) :

Peta dari Homestay ke Senai Airport ( 8.1 KM )

No comments:

Post a Comment