Friday, November 27, 2015

Daftar Syarikat Baru-SSM

Artikel asal : https://www.facebook.com/jombisneshomestay/ 
              [ Facebook page yang di tulis oleh Admin dan memhasakan diri sebagai JBH]

Kebanyakan orang kita bila memulakan bisnes malas untuk mendaftarkan syaikat. Biasanya mereka akan menjalankan bisnes seperti biasa terlebih dahulu. Jika terpaksa barulah mereka akan mengelabah untuk mendaftar.
Isu yang sering kali menjadi persoalan atau kekangan untuk mendaftar syarikat biasanya berkaitan dengan percukaian. Mudah cerita ‘income tax’. Takut di kejar oleh LHDN.
Terus terang, JBH sendiri pun terfikir perkara yang sama. Tuan bagaimana pula?
Sebenarnya bab   atau isu percukaian ini perkara yang kedua . Daftar syarikat dahulu, jalankan bisnes dan mula fikir pasal percukaian ini. JBH sendiri tiada pengalaman tentang percukaian ini. Maklumlah syarikat yang didaftarkan pun belum setahun jagung.
Baiklah. Kembali kepada soal daftar syarikat. Jika tuan ingin mendaftar, sila ke pejabat SSM ( Suruhanjaya Syarikat Malaysia) yang terdekat.
Di mana cawangan terdekat? Anda boleh ke UTC.
Kenapa UTC? UTC beroperasi dari jam 10.00 pagi hingga 10 malam. Hujung minggu pun beroperasi.
Proses pendaftaran cuma mengambil masa 1 jam. Nasihat JBH, sila ke UTC pada hujung minggu kerana orang tidak ramai dan sesak.
Untuk memudahkan proses pendaftaran adalah lebih baik tuan membuat sedikit ‘homework”. Maklumat lanjut anda boleh layari http://www.ssm.com.my/en/form-public.
Anda boleh muat turun borang A dan mencetaknya. Cara isi borang juga di sediakan.  Anda Cuma perlu mengikut contoh sahaja.
Mudah bukan?
Sebelum ke SSM JBH nasihatkan lebih baik tuan mengisi borang terlebih dahulu. Tetapi jika tiada masa untuk mencetak, borang A boleh didapati secara percuma di sana. Kaedah mengisi borang secara terperinci juga di sediakan.
Secara asasnya kita boleh mendaftar 2 bentuk perniagaan :
1.    Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik
2.    Perniagaan Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh  sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Sebenarnya, kita boleh mendaftar syarikat tidak lewat dari 30 hari selepas menjalankan perniagaan. Tarikh memulakan bisnes perlu di nyatakan dalam borang A tersebut.
Kita juga boleh mendaftarkan perniagaan kita menggunakan nama sendiri atau nama tred. Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama perniagaan.
Contoh :  Ali Bin Abu
 Tetapi jika mendaftar perniagaan menggunakan nama tred, anda perlu mengisi borang PNA. 42 iaitu Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan.
Contoh : Rumah Tamu Atiqah, NRA Bestari Enterprise , AMZ Global Maju, Woha Enterprise
Anda juga wajib memperincikan setiap butiran ‘short form’ seperti “NRA”, “AMZ” atau “Woha” tersebut.
JBH juga menyarankan anda menyediakan nama syarikat sekurang-kurang 3 nama. Maklumlah kadang-kadang nama yang kita pilih dan cadangkan sudah wujud.
Jenis perniagaan juga perlu di “sediakan”, kalau tidak akan buang masa kita untuk memikirkannya di sana dan paling teruk jenis perniagaan yang kita ingin buat tidak tertulis di dalam borang-borang permohonan.
Bagi perniagaan homestay, jenis perniagaan adalah “rumah tamu” jika berdatar sebagai enterprise ( perseorangan).
Jenis perniagaan “homestay’ boleh didaftarkan untuk syarikat Sdn. Bhd.
 Apa lagi yang perlu untuk daftar perniagaan ini?
Sudah tentu perlu menyediakan wang secukupnya. RM 30 setahun bagi perniagaan menggunakan nama sendiri dan RM 60 setahun bagi nama perniagaan Tred.
Perlukah untuk lampirkan dokumen lain?
Ya. Perlu. Pastikan anda membawa satu salinan kad pengenalan anda dan rakan kongsi ( jika berkaitan).
Lagi?
Sudah cukup. Tetapi jika perniagaan lain selain dari rumah tamu anda perlu membaca panduan pendaftran dengan teliti. Untuk maklumat  lanjut , boleh layari http://www.ssm.com.my/ms/sole/starting-a-sole-proprietorship-partnership

Perlukah daftar syarikat ni? Alah, bisnes homestay je pun. Bukannya bisnes ‘juta-juta’.
Terpulang pada anda untuk membuat keputusan. Cumanya dalam perniagaan homestay ini, kadang-kadang pelanggan kita meminta resit sebagai bukti.
Orang perseorangan atas urusan peribadi mungkin tidak krikal. Anda cuma perlu menyediakan resit yang boleh di beli di mana-mana kedai buku sahaja.
Tetapi jika atas urusan rasmi kerja, biasanya mereka memerlukan resit yang mempunyai cop syarikat dengan nombor pendaftran perniagaan. Kadang-kadang mereka akan meminta sebut harga terlebih dahulu. Pembayaran semuanya di uruskan oleh pihak syarikat mereka. Terutamanya jika mereka menginap jangka masa yang lama iaitu berminggu-mingu atau sebulan dua.
Kesimpulannya, daftar syarikat ini penting. Dan ianya adalah perkara yang pertama yang sepatutnya anda perlu buat. Selepas itu anda perlu belajar serba sedikit tentang bisnes. Cara buat akaun wang keluar dan wang masuk.
Pendek kata, kena jadi orang bisnes  dan fikir cara bisnes walaupun sekadar perniagaan homestay.

Oh..rupanya banyak lagi yang perlu di pelajari!!

2 comments:

  1. Bagaimana pengiraan cukai utk rmh tamu yg berdaftar?

    ReplyDelete
  2. TQ INFO....dalam proses pendaftaran rumah tamu di melaka.

    ReplyDelete